Amin sudah mula menyedari perubahan ku ini . Entah kenapa sejak dua menjak ini , dia sering bawaku keluar berjalan . Makan malam , tengok wayang dan juga bercuti diluar . Mungkin , dia sedang cuba untuk mengambil hatiku semula . Tapi , aku tidak berasa apa-apa . Jauh sekali untuk rasa terharu dengan apa yang dilakukannya . Padahal , dulu aku yang bermimpi untuk merasakan kasih sayang daripada suamiku . Bila ia sudah menjadi kenyataan , suamiku juga sudah mula berubah . Aku pula yang seperti tidak kisah .
Amin seperti tidak senang duduk apabila merasa kehilangan Laila . Walau Laila tidak hilang daripada pandangannya , tetapi bagi Amin . Dia sudah kehilangan kasih sayang Laila terhadapnya . Dia mula sedar maknanya Laila dalam hidupnya . Ketawanya , senyumannya . Kini , dia menghargainya .

Laila masih lagi tidak terpujuk dengan perubahan suaminya itu . Walau sudah berkali-kali suaminya itu cuba mengembalikan perasaanya itu kepadanya . Bagi Laila , hatinya sudah lama mati . Mati dalam jiwa masa lalunya .
Kini , perhubungannya bersama suaminya tidak disulam dengan kasih sayang . Tidak diwarnakan dengan perasaan cinta . Hanya suram . Aku tidak lagi terpujuk dengan layanan baik suamiku . Mungkin kerana peristiwa yang dulu telah menghancurkan perasaan sayangku . Amin menyesali sikapnya yang tidak hiraukan isterinya yang dulu . Dia faham memang patut isterinya bersikap begitu terhadapnya . Bagi Amin , dia sudah terlambat untuk semua itu . Kerana perasaan Laila telah diakhiri dengan perasaan benci . Amin harus terima kenyataan itu . Sesungguhnya perasaan Laila hanya berakhir disini .


 ******************************************************TAMAT************************************************

Akhir Rasa Ini


~ cerpen ~



Sudah hampir 3 tahun aku mendirikan rumah tangga bersamanya . Tapi , masih tiada bibit-bibit cinta antara kami . Siapa kata aku tidak mencuba ? Aku cuba mengambil hatinya . Mencuri perhatiannya . Tapi usahaku tiada makna . Usahaku ibarat cuba meruntuhkan tembok besar yang mencuar tingginya . Tidakku mampu melakukannya . Aku akur . Aku bukan isteri yang sempurna buatnya . Perhubungan yang terjalin secara paksaan memang sukar untuk dibina . Kerana tiada hati yang rela . Jujur , hatiku menerimanya . Aku tahu , itu yang dinamakan jodoh . Sejauh mana pun kita lari daripadanya , ia pasti datang mendekati . Aku masih tidak faham kenapa dirinya tidak bisa menerima hakikat sebenar itu ? Tidak sedarkah dia bahawa itu kehendak Penciptanya ? Hurm . Aku tidak tahu . Entah , mungkin hatinya tiada ruang untuk mengisi namaku dihatinya .

Susu yang terhidang disebelah tidak ku usik . Aku termenung sendiri . Sehingga telefonku berdering yang ke berapa kali tidakku endah . Akibat sudah beberapa kali berbunyi , aku mengambil keputusan untuk mengangkatnya kerana  ringtone-nya hanya membingitkan telinga . " Hello ? " Aku memulakan percakapan . " Hey ! Susah sangat ke nak angkat phone ? Baik tak payah pakai phone lah kalau macam tu ! Aku tak balik malam ni ! Tak payah tunggu aku ! " tanpa sempatku membalas , percakapan itu dimatikan sahaja .
Suamiku . Tengku Amin Bin Tengku Hisyam . CEO kepada Hisyam's Holding . Dia memang jarang pulang ke rumah kerana banyak kerja diluar . Tetapi aku faham . Faham dengan amanah yang dipikulnya . Dia sedang menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami . Iaitu memberi nafkah kepadaku . Bukan untuk orang lain . Untukku juga . Bisik hati kecilku .

Aku sudah tidak kisah sendirian di rumah . Sudah biasa bagiku . Sama ada suamiku ada dirumah ataupun tidak . Sama sahaja bagiku . Tiada bezanya . Aku seperti sudah lali dengan semua ini . Perkahwinan yang ku anggap bahagia , tidak seperti yang dijangka . 
Huh ! Aku sudah penat . Cukup penat . Tiga tahun aku cuba mencuri hatinya . Aku menunggu jawapannya . Tapi tiada hasil . Mungkin , aku patut biarkan sahaja perasaanku ini . Biarkan ia mati . Mati dalam jiwaku yang sepi .


 .............................................................................................................................................


Hari yang ku tunggu sudah tiba , sudah cukup 3 tahun aku menjalani hidup bersamanya . Walau sukar bagiku , tapi aku sudahpun menempuhnya . Hanya kesabaran menjadi teman untukku menghadapinya . Hari ini hari yang bersejarah buatku iaitu Hari Ulangtahun Perkahwinan kami . Aku berfikir untuk buat kejutan untuknya . Maklumlah , ianya hanya setahun sekali . Jadi , aku tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk bersamanya .
Malam itu , aku menyediakan hidangan istimewa buatnya . Aku masak makanan kegemarannya . Aku hias ruang makan supaya dia selesa apabila menjamu selera . Aku menunggu kepulangannya dengan penuh rasa tidak sabar . Jam tepat pukul 8 malam . Bunyi enjin kereta diluar menandakan suami kesayanganku sudah pulang . Aku segera membuka pintu sebaik sahaja mendengar kepulangan suamiku . Alangkah terkejutnya aku apabila suamiku membawa pulang seorang wanita asing disisinya . Hancur hatiku tatkala melihatnya . Benci sungguh dia kepadaku sehinggakan dia sanggup perlakukan aku sebegini . Dia tidak langsung menghiraukan aku , malah dia hanya menolakku sahaja dipintu untuk masuk ke dalam .
Inikah hadiah ulangtahun perkahwinannya untukku ? Jika benar , akan ku simpan ia . Akan ku ingat sampai bila-bila . Tak kan ada maafku buatnya . 

Sejak peristiwa itu , perasaanku terhadapnya berubah . Entah kenapa perasaan sayangku yang ketara terhadapnya dulu tidak lagi seperti sekarang . Mungkin hati sepiku ini tidak dapat melupakan ' hadiahnya ' itu kepadaku . Argh ! Sungguh perit untukku melupakannya . Seminit sahaja untuk mengenali tapi mungkin bertahun untuk melupakan . Mungkin sudah tiba masanya . Masa untukku tinggalkan ia . Tinggalkan perasaanku . Kerana dia pun tidak mahu . Apatah lagi aku .

 ..............................................................................................................................................


Amin berasa hairan . Hairan dengan sikap isterinya yang tidak seperti biasa . Dia mula tidak berasa selesa dengan sikap Laila yang begitu . Kelengkapan untuk dirinya tidak lagi disediakan oleh Laila seperti kebiasaannya . Laila tidak lagi melayan suaminya . Malah , dia hanya berdiam . Tidak lagi mengambil berat tentangnya . Laila langsung tak peduli jika suaminya tidak pulang ke rumah . Bukan sahaja risau , jauh dari sudut hatinya untuk mengambil tahu berkenaan itu . Senyuman cerianya yang sering dia ukirkan tiap-tiap pagi pada suaminya , tidak lagi kelihatan . Laila tidak lagi mengukirkannya .
Entah kenapa hati Amin seperti rindu . Rindukan keprihatinan Laila terhadapnya . Rindukan suara lembutnya yang selalu menyambutnya ketika dia pulang ke rumah . Tapi semua itu tidak berlaku lagi . Tidak lagi untuk sekian lamanya .
Amin sahaja menguji Laila tentang keprihatinannya , manalah tahu sikapnya itu masih ada pada dirinya . " Laila , aku nak keluar kejap . Maybe aku balik lambat malam ni " kata Amin hanya sekadar menguji . Seperti biasa , Laila sepatutnya akan bertanya ke mana suaminya itu hendak pergi . Tetapi , Laila hanya membalas " Okey " sambil menampakkan wajah tidak kisah . Jujur , Laila tidak lagi bersikap begitu . Dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri tetapi bukan perasaannya . Perasaan kasihnya sebagai seorang isteri terhadap suami tidak lagi tersemai dalam jiwa Laila .

Adakah benar hatinya itu sudah mati ? Mati dalam sifat egonya itu ? Apakah benar tiada ruang buat suaminya pada hatinya ? Atau dia sedang tipu dirinya sendiri .

 ...........................................................................................................................................

Semua orang disekelilingku tidak percaya dengan penulisanku . Termasuk dengan kawan baikku sendiri , Ika . Dia asyik mentertawakan aku bila aku memberitahunya tentang cerpen-cerpenku . Dia seolah-olah tidak percaya denganku . Kerana setahu dia aku memang tidak minat untuk membaca novel . Itu yang membuatkan dia ketawa tidak berhenti bila aku memberitahunya tentang blog aku yang dipenuhi cerpen-cerpen karyaku sendiri .
Hurm . Tapi betul juga katanya . Dulu memang aku tidak minat langsung untuk membaca novel atau mana-mana cerpen pendek . Bagi aku , tulisannya yang kecil itu hanya memeningkan kepalaku sahaja . Tapi entah kenapa pula aku minat untuk menulis. Mungkin sejak aku membaca satu blog yang menulis ceritanya diblog membuatkan aku minat untuk menulis cerpen juga . Patutlah kini ramai orang yang tidak mahu membaca cerpenku , sebab dulunya aku pun tidak minat tentang itu . Sekarang , orang pula yang tidak minat membaca karyaku . Fikir Sufi . Tetapi tidak bagi Amir . Rakanku yang hanya aku kenal dilaman sosial sahaja . Dia add friend aku di facebook sebaik sahaja dia membaca cerpen-cerpenku di blog . Dia berbeza . Berbeza dengan rakan-rakanku yang lain . Dia tidak pernah memandang rendah terhadap karya-karyaku . Hasil cerpenku diblog sering dibacanya . Amir sahajalah yang sudi menyokong minat naluriku ini . Mungkin , itu satu minat yang tiba-tiba . Tapi , Amir faham . Dia tidak pernah mempertikaikannya . Tersenyum Sufi sendiri apabila teringat tentang Amir .  Walau hanya mengenali dirinya dilaman sosial . Tanpa bersua muka . Tapi Sufi merasakan yang dia sudah cukup mengenali Amir . Dia teringin saja ingin mengenali Amir empat mata . Erti kata lain berjumpa dengannya . Tetapi jika Sufi berbicara tentang hal itu , Amir seolah-olah menolak . Entah apa sebabnya , dia pun tidak tahu .


 ************************************************************************************************************


Tiga tahun sudah pun berlalu , sudah sekian lama aku tidak menulis . Sejak mama dan abah melarangku untuk buat demikian , aku meninggalkan sahaja minatku itu . Mungkin , sudah ' usang ' agaknya cerpen-cerpenku di blog kerana sudah sekian lama aku tidak membukanya .

Kini ,  aku sudah pun menamatkan pengajianku disekolah menengah . Aku sudah pun berumur 18 tahun . Aku sudah pun dianggap remaja bagi mama dan abah . Mereka juga turut mempercayaiku untuk aku kembali berkarya .
Amir . Tidak akan ku lupa nama itu . Setiap sokongan dia kepadaku . Membuatkan aku percaya dengan kebolehanku . Walau dia sudah lama menghilang , hilang seperti penulisanku yang dulu . Aku tidak lagi mendengar khabar darinya . Facebooknya juga sudah deactive olehnya . Mungkin dia hanya hadir dalam hidupku untuk menjadi  teman kebangkitanku . Menyedarkan aku tentang penulisanku itu tidak sia-sia .

Tidak lama selepas dia menghilang , cerpen-cerpenku yang aku pasarkan diblog sudah diterima ramai . Followersku di blog bertambah hari demi hari . Mereka gemar akan penulisanku . Atas permintaan ramai , aku menghasilkan sebuah novel untuk dicetak dan dibukukan kepada peminat-peminat karyaku .
Novelku mendapat sambutan yang hangat sehingga laris dijual .
Aku sudah berjaya dengan career aku menjadi seorang novelis . Tetapi , sehingga kini Amir tidak lagi muncul . Bayangannya di komen blogku tidak lagi kelihatan . Kemana hilangnya dia ? Fikir Sufi .

Sufi menutup semula account blognya selepas menulis cerpen pendeknya . Dia berharap agar cerpennya yang dia tulis mengenai Amir itu dapat dibaca olehnya . Agar dia dapat kembali semula dalam hidupnya .


***************************************************************TAMAT******************************************

Diari Seorang Penulis


~ cerpen ~


 Mungkin kerana penulisanku yang terlalu panjang menyebabkan tiada siapa yang ingin membacanya . Tetapi , bagaimanapula dengan novelis ? Mereka juga menghasilkan penulisan yang panjang jalan ceritanya . Sebab itu , buku yang mereka tulis digelar ' novel ' dan bukan buku biasa .
Aku . Hanya mengarang cerpen biasa tapi sudah dikatakan penulisanku panjang lebar . Sampai tiada yang sudi untuk membacanya . Ergh ! Sungguhku tak faham . Novel-novel yang dijual dengan tulisan 'harga' masih lagi dibeli oleh orang ramai . Tapi aku hanya memasarkan cerpen aku diblog sahaja . Itupun , orang tidak mahu baca ? Inikan pula aku mahu menulis novel .

Keluh hati kecil Sufi . Entah kenapa sejak dua menjak ini keyakinannya untuk menulis cerpen tidak lagi  membara seperti dulu . Dia hilang keyakinan terhadap penulisannya . Huh ! Ibu dan ayahku pun tidak menyokong minatku sendiri inikan pula orang ramai . Dapatkah mereka terima tentang hasil penulisanku nanti ? bisik hati Sufi lagi . Dia tahu yang bukan mudah baginya untuk menulis tanpa sokongan kedua ibubapanya . Tapi , dia tidak boleh hapuskan minatnya itu . Minatnya untuk menulis cerpen amat mendalam sehinggakan penulis novel terkenal Bahruddin Bekri menjadi idola untuk menggapai citanya . Bagi Sufi , tiada apa yang mustahil . Selagi dia teruskan usaha dan tidak berhenti tawakal . Mungkin , citanya suatu hari nanti akan menjadi kenyataan .
Sufi menutup kembali komputer ribanya lalu mencapai buku " Hidup Penuh Cinta " yang dikarang oleh penulis idolanya itu . Entah sudah kali ke berapa dia membaca novel itu . Dia pun tidak tahu . Sufi amat suka dengan penulisan Bahruddin Bekri dalam novel tersebut . Penuh makna . Penuh warna . Dapat menyentuh jiwa sesiapa yang membacanya . Sufi tahu , yang novel itu bukan cerita kosong . Tapi penuh mesej yang tersirat . Membuatkannya berkali-kali membacanya untuk memahami mesej tersirat itu .

' Tok tok ' . Ketukan pintu pada kamarku menghilang fokus bacaanku . Aku segera membuka pintu untuk membenarkan pintu yang berkunci itu terbuka . Aku melihat mama dan abah sudah berdiri sambil mencekak pinggang mereka . Aku tahu yang mama dan abah ingin menasihatiku supaya aku berhenti menulis . Aku baru berusia 15 tahun , bagi mereka usia sekecilku tidak layak untuk menulis . Bukannya apa , mereka risau tentang prestasi pembelajaranku yang semakin merosot akibat aku hanya sibuk menghabiskan masa diblog sahaja .
Kecil ? Huh ! Ma , abah . Aku dah berusia 15 tahun . Bukan 5 tahun . Bagi aku , aku sudah cukup matang untuk itu . Sepatutnya mereka berbangga yang puteri mereka ini berbakat dalam penulisan . Tapi , salahku juga kerana tidak pandai mengurus masa untuk belajar dan ' blogging ' .

" Sufi ? Kamu dengar tak apa yang mama dan abah cakap kat kamu ni ? " Aku tersentak dari lamunan . Jujur aku tidak mendengar apa-apa daripada mereka . " Haih , itulah kamu Sufi . Terlalu banyak berimaginasi sampai mama dan abah bercakap disini pun kamu tidak dengar ? " bebel mamaku lagi .
Kadang-kadang , bukan sengaja aku tidak mendengar nasihat mereka . Cuma , aku yang sering termenung . Entah apa yang selalu bermain dimindaku ini tidak tahulah . " Sudah ! Mulai hari ini mama dan abah tidak benarkan kamu menulis lagi ! Fullstop ! "
Aku hanya berdiam . Menunduk tanda akur . Alangkah bahagianya jika mama dan abah memahami sifat keremajaan yang ada didalam jiwa mudaku ini . Mama dan abah berlalu pergi selepas sahaja menasihatiku .
Aku mengunci semula kamar tidurku .
Apa yang aku buat semua salah ! Tidak ada yang membanggakan ! Tetapi jika sebut tentang kakakku , sungguh mama mengagung-agungkan . Sampaikan mama membanding-bandingkan perwatakkan aku dengan kakak . Ya ! Aku akur . Perwatakkan lembut kakakku yang menurut sahaja apa yang mama dan abahku minta beza dengan aku . Bukan degil . Tetapi , tidak salahkan jika aku megikut caraku sendiri ? Aku berhak membuat pilihan . Fikir Sufi lagi . Perkara ini terus bermain difikirannya sehinggakan dia teritidur atas komputer riba kesayangannya .

 ..............................................................................................................................................

Assalamualaikum :)



Hye , Assalamualaikum ..
aku .
cuma manusia biasa ,
tiada apa-2 ,
dan tidak sempurna ..

Selamat berkenalan .. :)