Nukilan dari sahabat

Jauhi perkara yang boleh memudaratkan diri kita,
dan juga pada hati,
serta iman kita,
dan tidak lupa juga,
yang boleh memudaratkan hubungan kita pada Pencipta.

Walaupun ia mungkin memberi
faedah pada pandangan kita,
tak semestinya Dia mengatakan hal yang sama.

Sekiranya ia berguna,
tapi diri banyak terdedah pada perkara maksiat,
serta turut terbabas melakukan apa yang Dia larang,
tetap tiada guna juga.

Kau perlu tahu,
kita hidup untuk mencari redha-Nya,
bukan mencari redha manusia yang
tiada apa-apa.


- anaelsa7

Rindu

Rindu,
Bahasa cinta oleh hati yang lena,
Diulik mimpi kenangan lama,
Ada masa,
Kau coretkan agar lagi berwarna,
Kerana masa dulu,kau tidak
berkesempatan,
untuk mewarnakannya.

Mimpi,
Mimpi rindu yang tiada kesudahan,
Sebak dada mengharap,
Segalanya diulang tayang,
Agar kesempatan untuk aku,
Menghidupkan kembali setiap rasa,
Pada kenangan,
Menjadi nyata seperti yang sepatutnya.

Namun mimpi tetap mimpi,
Angin rindu pantas berlalu,
Menyedarkan aku,
Masa terlalu jauh tinggalkan aku,
Tidak terdaya mengejar kembali,
Perkara yang sudah berlaku.

Kini rindu,
Mengajar aku untuk selalu rindu,
Rindu pada masa dan hargai waktu,
Agar aku tidak terlalu rindu
dalam penyesalan.

Ngeri

ngeri bila mimpi yang sahabat kau mati,
itu belum lagi keluarga,
siapa yang nak benda tu jadi?
walaupun semua tahu yang benda tu pasti
bukan mungkin.
TAPI pasti.

Tapi lagi ngeri bila kau dibayangi mimpi yang nyata.
dibuai lena jahiliyyah yang sukar untuk kau bangun
walau tuhan kejut dengan ujian
kau tetap lena.
walau dikejut oleh singa srikandi dunia
kau masih lena

hingga diri menyoal, jauh dari tuhan tapi masih senang?
wal hal kau silap,
kesenangan itu menggelapkan mata
biar terus sesat dan sesat!

takut.

takut tak dapat jaga dari mimpi buruk
apalagi mimpi paling ngeri bila diri terus dibelenggu kejahilan?
sedang hidayah ada didepan mata
cuma kau yang tak menyapa

" dunia hanyalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir "

ngeri jika kau pernah rasa dunia ni syurga kau.


Kita manusia BUKAN Tuhan

Kau mengeluh tak tidur lena sebab tilam kau tak empuk
tapi kau tak tahu, ada yang tak lena kerana kesejukan lantai kaki lima.

Kau mengeluh rumah kau sempit dan tak selesa
tapi kau tak tahu, ada yang hidup berbumbungkan langit sahaja

Kau mengeluh bila hujan turun sebab kau tak dapat keluar lepak dengan kawan
tapi kau tak tahu, ada yang menunggu hujan jatuh ke bumi sebab tanahnya lama tidak dibasahi

Kau mengeluh kau tak dapat A dalam exam
tapi kau tak tahu, ada yang usaha bagai nak mati untuk lulus

Kau mengeluh kau tak pandai mengira
tapi kau tak tahu, masih ada yang tak pandai membaca

Kau rasa dunia ni kejam bila kau tak dapat macam apa yang orang lain ada
Kau tak tahu yang manusia tak peroleh semua
sebab dia tak sempurna

Kau mengeluh kau tak ada apa yang orang lain ada
tapi kau kena tahu
Dia tak ada apa yang kau ada

Berpegang dengan yang nyata.
Kau manusia bukan TUHAN.




Atan


~ cerpen ~


Matahari memancar.
Tapi hari ini cahayanya terik.
Sejernih air mengalir ke pipi. Amin mengesat air masin itu yang sudah pasti bukan masin air laut. Dia tidak menambat Atan ditempat biasa kerana hari ini Atan ada pembeli.

Dia memandang Atan.

"Haih Atan, esok dah raya tau. Esok kau mati. Kau tau tak? Hahahaha."
Ketawa Amin dalam sinis.

"Ye,aku tahu aku mati esok. Tapi aku dah confirm syahid esok. Kau tu entah mati macam mana pun tak tahu."
Atan sambung meragut rumput hijau.

Mata Amin membulat.
Mulut dia seakan terkunci.
 Hatinya bagai tertusuk sembilu.

Lalu, Amin terjaga dari mimpi ngerinya.

Kita sangka mereka akan sedih.
Kita tak tahu yang mereka gembira bila mereka dijanjikan syurga.
kerana kita tahu, DIA tak pernah mungkir janji.

Semua tahu Atan mati syahid esok.
Tapi kau . Kau tahu kau mati bila dan bagaimana?
Adakah sesemulia Atan atau sebaliknya?
Wallahualam. 

KALAU

KALAU lah aku cantik
semua orang mesti suka aku


KALAU lah aku pandai
dunia ni nampak mudah macam hujung kuku je


KALAU lah aku kaya
seluruh isi dunia jadi milik aku


dan KALAU lah perbuatan tu semudah bicara


KALAU lah mimpi boleh jadi realiti.


KALAU lah semua manusia ni baik



Huh , " KALAU " kau tu,
babi pun boleh terbang.

Sudah lah kau .
Bangun dari maya .

yang nyatanya kau harus pegang.
berpijak di tanah bukan di awan ,
sebab realitinya kau berjalan bukan terbang.

" KALAU" akan tetap jadi alat yang fantasi jika kau bawa dia ke alam mimpi .

Kau tak perlu jadi cantik hanya dengan berkata KALAU,
cukup kau yakin kau cantik dan kau akan cantik.

Kau tak akan jadi pandai hanya dengan melafaz KALAU,
beramal dengan ilmu , kau bijaksana.

Kau tak akan rasa nikmat kaya jika kau berfikir hanya duit yang boleh buat kau kaya.

Kau jaga dari mimpi, mula ubah realiti macam apa yang kau impikan.

" KALAU " kau , tak cukup untuk ubah orang jadi baik.
kau jadi baik dahulu, kau dah ubah dunia kau.



KALAU itu buat kau berfikir tentang sesuatu yang kau tak punya.
konteks syukur kau hilang sebab selalu menyoal dengan benda yang kau tiada.

Mula menapak . Usaha . Sebab kalau akan tetap jadi kalau , jika kau tetap mengarang cerita dalam mimpi.


Ramadhan! Menyegarkan!

Siapkan kudamu,
Siapkan senjatamu,
Siapkan perisaimu,

Musuh sudah tiba!

Tegapkan kakimu,
Bulatkan tekadmu,
Luruskan barisanmu,

Syurga di depan mata.

Ikat ketat bandana di kepala,
Rapikan sut dan celana,
Hadam segala strategi dan formula,

Kini jihad bermula.

Perang ini bukan perang biasa,
Ramadhan! Menyegarkan!

Lawan kita lawan yang luar biasa,
Ramadhan! Menyegarkan!

Musuh kita bukan musuh yang nyata,
Ramadhan menyegarkan!

Kita harus jadi kuat,
seperti adiwira.

Tika syaitan laknat digari dikunci,
Musuh itu datang dari dalam diri!
Tika iblis jahat dilunyai dilantai,
Musuh itu bangkit dari dalam hati!

Hati-hati

Lapar perut bukan alasan,
Ramadhan! Menyegarkan!

Tekak dahaga bukan halangan,
Ramadhan! Menyegarkan!

.........................................................

Medan perang ini penuh hikayat,
gempar sejarah kemenangan nabi dan sahabat,
menerajui Badar dengan tekad dan hebat,

Medan perang ini penuh hikmat,
menjadi titik kitabullah di riwayat.

Perang sudah mula!
Ramadhan Menyegarkan!

Sajak by Bro SyedSafwan
Venue : Kompleks IKRAM, Serdang
Date : 27th June 2015

#RamadhanMenyegarkan #grand3R #Ikramteens

Hembusan Pawana

Peristiwa itu masih segar diingatan. Walaupun sudah 10 tahun yang lalu. Aku mengambil posisi selesa lalu memalingkan wajahku ke arah luar jendela. Supaya memori itu aku dapat imbas semula dengan begitu jelas. Teh panas ku hirup sedikit. Fikiranku mula merentas ke masa lalu.

                                                                                   .......

Pagi itu aku dikejutkan oleh ibu , awal-awal pagi . Liat rasa nak bangun tapi diri ini harus gagahkan jua. Selepas mandi . Aku bersiap sarung baju sekolahku . Ibu membantu mendandankan rambutku . Aku menjamah sebiji karipap sebelum bergerak keluar dari rumah . Memandangkan hari ini hari pertama persekolahanku di sekolah rendah jadi ibu dan ayah menghantarkan aku ke sekolah. Mereka temankan aku sehingga semua murid darjah 1 diarahkan masuk ke kelas masing-masing. Aku sempat melambaikan tangan ke arah mereka sebelum mereka berlalu pergi.

Aku ditempatkan di kelas kedua iaitu kelas 1 Bijak. Aku berasa agak teruja kerana dapat kenalan baru. Guru kelasku juga amat sporting dan happening.  Perwatakannya membuatkan beliau disenangi anak-anak muridnya.

Seorang guru telah masuk ke kelas dan memperkenalkan dirinya, Puan Hafizah sebagai guru Bahasa Melayu kami. Tugasan kami di hari pertama adalah dengan memberitahu cita-cita atau impian masing-masing. Rakan-rakan kelasku masing-masing bangga memberitahu cita-cita mereka . Seperti pelajar-pelajar lain, sememangnya kerjaya seperti doktor,peguam,pensyarah amatlah biasa didengar. Bagi mereka,kerjaya itu menggambarkan diri mereka sebagai seorang yang berjaya. Begitulah juga aku. Alah ! budak sekolah menengah pun kalau ditanya. memang ini lah kerjaya yang akan dijawab. Semua yang bagus-bagus.

Aku mendengar setiap seorang rakanku memberitahu tentang cita-cita mereka yang sememangnya sama sahaja. Sehingga lah soalan tu diajukan kepada rakan disebelahku.

" cit cit cita err cita-cita saya nak jadi pengutip sampah yang berjaya cikgu. "

Riak wajah Puan Hafizah mula berubah. Dahinya sedikit berkerut. Semua yang berada di kelas itu dengan serentak ketawa. Ketawa kerana mereka menganggap itu satu jenaka. Aku sedikit terkejut. Mata aku tidak lepas memandang wajah rakan baruku yang tidak sampai setengah hari aku kenal. Dia menundukkan wajahnya. Tudungnya yang sedikit ke depan telah menyembunyikan raut wajahnya sepenuhnya. Oleh itu aku tidak dapat meneka apa yang dia rasa ketika itu dengan menilik dari wajahnya. Aku nampak setitis air jernih menitik di meja. Barangkali itu air mata rakanku.Cikgu Hafizah dengan perasaan yang penuh tanda tanya dia bertanya Salina sebab mengapa kerjaya itu dipilih. Ya, gadis itu bernama Salina.Lalu dengan perlahan Salina mengangkat wajahnya.

" Saya nak jadi macam ayah saya. Ya. Walaupun dia hanya seorang tukang sapu dan pencuci. Tapi kalau bukan kerana dia, pasaraya tak bersih,tandas pun kotor. Saya nak bantu ayah saya cikgu. Sekarang, ramai yang fikir bahawa kerja pembersihan hanyalah untuk orang macam mereka. Jika, mereka buang sampah dalam tong sampah mereka anggap bahawa orang-orang macam ayah saya akan makan gaji buta. Tak de kerja. "

Salina mengesat air matanya.

" Lagipun ayah selalu cakap. Allah itu maha adil dan adil itu tak semestinya sama rata. Ayah cakap ayah adalah antara yang terpilih. Jika semuanya jutawan, siapa yang akan berdagang? Jika semuanya ingin merawat penyakit, siapa yang akan membela keadilan? dan jika semuanya kaya, tiadalah yang akan menderma kerana tiada yang fakir. Manusia akan jauh dari Tuhan kerana menganggap kekayaan itu satu kesempurnaan. Jadi,inilah keadilan yang Allah beri dan saya tahu itu jalan kebahagiaan cikgu. "

Aku terpaku mendengar kata-katanya. Budak yang baru berusia 7 tahun mampu berfikir sejauh itu. Sungguh luar biasa kerana kebiasaannya kanak-kanak seusiaku pada waktu itu hanya tahu patung Barbie dan Cinderella sahaja. Tubuh kecilnya terus dipeluk oleh Puan Hafizah dengan erat. Air jernih menitis lagi dan tidak disangka air mataku turut gugur juga. Hatiku amat tersentuh dengan kata-katanya. Rakan-rakan yang lain terpaku. Tiada tawa lagi kedengaran. Semua menganggap bahawa anak kecil bernama Salina itu seorang yang luar biasa. Butir bicaranya umpama hembusan pawana yang menusuk kalbu jiwa-jiwa yang mendengarnya. Bukan bicara yang membunuh tetapi memulih ruang kosong dengan memenuhi kata-kata sentapan yang menyedarkan si pemilik iman.

Andai aku dapat mengundur masa. Hendak saja aku berkenalan lebih rapat dengannya.
"Haih , entah di manalah Salina sekarang." Bermonolog ku sendiri.

Teh yang pada awalnya panas sudah  sejuk. Aku menghabiskan sisa tegukan yang terakhir lalu bingkas bangun ke dapur.

SABAR



Kadang2 , benda yang klisye untuk kitalah yang kita selalu susah nak buat . Tapi bagi aku . Dalam konsep sabar ni , kita kena selalu anggap yang setiap apa yg berlaku tu adalah ujian . Contoh macam . soalan susah time kau nak jawab exam . Time nak cari jawapan untuk soalan tu la, kau diuji tahap pemikiran kau  dan dalam masa yang sama , kau kena sabar dalam tempoh otak kau tengah cari selok belok nak dapatkan jawapan tu .
Bagi aku , sabar ni datang time kita tengah mengalami satu perasaan . contohnya time kita marah . okeyhlah , aku bagi satu situasi . contohnya kau tengah buat homework kau yang tertangguh tu kat kelas . Lepas tu kawan kau kacau , then secara tak sengaja dia tertumpahkan air daripada botol air kau , yang kau selalu letak atas meja . So , first reaksi kau mesti terkejut dengan apa yang berlaku and mata kau mesti tak lepas daripada tengok air yang tumpah kat atas buku sekolah kau . Tindakan kita yang pertama lah yang menentukan sama ada kita orang yang sabar atau tak . Ujian tu ‘ diuji ‘ time first reaksi kau hadapi masalah tu . Kalau kau marah . Kau kira gagal dalam ujian tu  . Macam kau jawab exam . kalau jawapan kau salah . memang tetap salah . Cuma bezanya, markah kau mungkin B or C . tak mungkin A kalau kau asyik jawab salah . Tapi kebarangkalian tu ada .
Tapi aku selalu ingat prinsip ni . Tak selalu aku guna . Tapi aku cuba praktikan . Okeyh , ikut situasi tadi lah . aku nak tanya . Kalau kau marah kawan kau tu , air tu boleh kering ke ?  kau cuma dapat puas maki kawan kau je tentang apa yang dia buat . At the end ? Nothing . Air tu memang takkan kering . dan buku kau tu , memang dah basah . Jadi , perlu ke marah ? dekat sini la sabar memainkan peranan . dan sebab tu la konsep ," kita ingat semua berlaku adalah ujian " ni juga penting . time kau jalan , tetibe tersepak batu .. tu pun ujian .
Sabar dan ujian . macam isi dengan kuku . dimana ada ujian di situ la datangnya sabar . sabar hadir apabila kita diuji .
Kau nak tahu benda apa yang paling sukar dalam hidup ?


Benda yang paling sukar dalam hidup ialah untuk mengerti kenapa ujian tu didatangkan kepada kita ..