Ngeri

ngeri bila mimpi yang sahabat kau mati,
itu belum lagi keluarga,
siapa yang nak benda tu jadi?
walaupun semua tahu yang benda tu pasti
bukan mungkin.
TAPI pasti.

Tapi lagi ngeri bila kau dibayangi mimpi yang nyata.
dibuai lena jahiliyyah yang sukar untuk kau bangun
walau tuhan kejut dengan ujian
kau tetap lena.
walau dikejut oleh singa srikandi dunia
kau masih lena

hingga diri menyoal, jauh dari tuhan tapi masih senang?
wal hal kau silap,
kesenangan itu menggelapkan mata
biar terus sesat dan sesat!

takut.

takut tak dapat jaga dari mimpi buruk
apalagi mimpi paling ngeri bila diri terus dibelenggu kejahilan?
sedang hidayah ada didepan mata
cuma kau yang tak menyapa

" dunia hanyalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir "

ngeri jika kau pernah rasa dunia ni syurga kau.


Kita manusia BUKAN Tuhan

Kau mengeluh tak tidur lena sebab tilam kau tak empuk
tapi kau tak tahu, ada yang tak lena kerana kesejukan lantai kaki lima.

Kau mengeluh rumah kau sempit dan tak selesa
tapi kau tak tahu, ada yang hidup berbumbungkan langit sahaja

Kau mengeluh bila hujan turun sebab kau tak dapat keluar lepak dengan kawan
tapi kau tak tahu, ada yang menunggu hujan jatuh ke bumi sebab tanahnya lama tidak dibasahi

Kau mengeluh kau tak dapat A dalam exam
tapi kau tak tahu, ada yang usaha bagai nak mati untuk lulus

Kau mengeluh kau tak pandai mengira
tapi kau tak tahu, masih ada yang tak pandai membaca

Kau rasa dunia ni kejam bila kau tak dapat macam apa yang orang lain ada
Kau tak tahu yang manusia tak peroleh semua
sebab dia tak sempurna

Kau mengeluh kau tak ada apa yang orang lain ada
tapi kau kena tahu
Dia tak ada apa yang kau ada

Berpegang dengan yang nyata.
Kau manusia bukan TUHAN.




Atan


~ cerpen ~


Matahari memancar.
Tapi hari ini cahayanya terik.
Sejernih air mengalir ke pipi. Amin mengesat air masin itu yang sudah pasti bukan masin air laut. Dia tidak menambat Atan ditempat biasa kerana hari ini Atan ada pembeli.

Dia memandang Atan.

"Haih Atan, esok dah raya tau. Esok kau mati. Kau tau tak? Hahahaha."
Ketawa Amin dalam sinis.

"Ye,aku tahu aku mati esok. Tapi aku dah confirm syahid esok. Kau tu entah mati macam mana pun tak tahu."
Atan sambung meragut rumput hijau.

Mata Amin membulat.
Mulut dia seakan terkunci.
 Hatinya bagai tertusuk sembilu.

Lalu, Amin terjaga dari mimpi ngerinya.

Kita sangka mereka akan sedih.
Kita tak tahu yang mereka gembira bila mereka dijanjikan syurga.
kerana kita tahu, DIA tak pernah mungkir janji.

Semua tahu Atan mati syahid esok.
Tapi kau . Kau tahu kau mati bila dan bagaimana?
Adakah sesemulia Atan atau sebaliknya?
Wallahualam. 

KALAU

KALAU lah aku cantik
semua orang mesti suka aku


KALAU lah aku pandai
dunia ni nampak mudah macam hujung kuku je


KALAU lah aku kaya
seluruh isi dunia jadi milik aku


dan KALAU lah perbuatan tu semudah bicara


KALAU lah mimpi boleh jadi realiti.


KALAU lah semua manusia ni baik



Huh , " KALAU " kau tu,
babi pun boleh terbang.

Sudah lah kau .
Bangun dari maya .

yang nyatanya kau harus pegang.
berpijak di tanah bukan di awan ,
sebab realitinya kau berjalan bukan terbang.

" KALAU" akan tetap jadi alat yang fantasi jika kau bawa dia ke alam mimpi .

Kau tak perlu jadi cantik hanya dengan berkata KALAU,
cukup kau yakin kau cantik dan kau akan cantik.

Kau tak akan jadi pandai hanya dengan melafaz KALAU,
beramal dengan ilmu , kau bijaksana.

Kau tak akan rasa nikmat kaya jika kau berfikir hanya duit yang boleh buat kau kaya.

Kau jaga dari mimpi, mula ubah realiti macam apa yang kau impikan.

" KALAU " kau , tak cukup untuk ubah orang jadi baik.
kau jadi baik dahulu, kau dah ubah dunia kau.



KALAU itu buat kau berfikir tentang sesuatu yang kau tak punya.
konteks syukur kau hilang sebab selalu menyoal dengan benda yang kau tiada.

Mula menapak . Usaha . Sebab kalau akan tetap jadi kalau , jika kau tetap mengarang cerita dalam mimpi.