~ cerpen ~
Ku tatap kosong titisan-titisan hujan . Yang tidak lekang dengan si petir dan si guruh . Ku pandang awan Masih kelihatan mendung . Kicauan pipit menenangkan aku untuk memikir hal yang tidak sepatutnya aku fikir . Haha . lawak . Tapi ... perasaan itulah yang pasti .
Aku menghitung , bilakah lagi akan dapatku bertahan . Mungkinkah tewas atau tersungkur disimpang jalan ? Aku tak tahu . Biar kuasa Allah yang menunjukkan . Berdiam lebih baik daripada mengeluarkan kata yang menyakitkan . Ya . Kata ini ibarat pedang . Yang tajamnya bisa membunuh lawan . Tapi . Kata-kata yang berhikmah dapat pula menenangkan kita . Bermadah pujangga bisa menjadi pedoman manusia .
Apa erti sayang jika masih ada rasa iri . Apa erti cinta kalau masih ada rasa benci . Apa erti kepercayaan jika masih terselit disebalik rahsia kebohongan ?
" Kebenaran yang menyakitkan lebih baik daripada kebohongan yang menggembirakan " . Iyya . Tapi , masihkah ada yang mahu terima kebenaran ? Jika sudah biasa digembirakan ? Sampaikan , kebohongan itu dirasakan sebagai satu keseronokan ...
TAKUT
Takut untuk menerima kebenaran . Kebenaran yang belum tentu dapat menggembirakan semua pihak . Dan manusia lebih memilih untuk bercakap bohong . Eh ? Aku . Aku memilih untuk berbohong . Kerana itu yang mereka mahu . LEBIH mahu . Kebohongan yang selama ini aku anggap sebagai rahsia . Rahsia yang hanya boleh dibuka dengan dua kunci . Ya . Kunci . Kunci kepercayaan dan kunci memahami . Kerana rahsia itu tidak dapat dibendung jika tiada yang memahami mengapa ia menjadi rahsia . Dan kepercayaan untuk ia disimpan . Mungkin selamanya ....
*********************************************************************************************************************