Daku Tulis Puisi Cinta



Mungkinkah engkau kan menyedari
yang aku cinta ,
you are my crush masih rahsia ,
ingin ku ucapkan I LOVE YOU kepadamu ,
tapi ...
tak termampu ..

Senyummu dan ketawa ,
buatku tergoda ,
hatiku takkan berubah ,
hanya dirimu saja ,
bagiku dirimu ,
kurniaan terindah ,
bagimu diriku ,
bercinta takkan pernah ...

Tiap kali berjumpa hati terasa 
ada cinta ,
namun tak termampu luahkannya ,
lidah kelu tak terkata ,
kiniku tertanya-tanya ,
sudahkah kau berpunya?
jika masih tiada siapa,
inginku mulakan langkah,
bila ku ingin bicara,
kata tak mampu terluah,
kerana pesonamu membuat
ku merasa sebuah cinta,
dan harapan penuh dengan
oh cabaran ! tidak mampu ku mengalah ...

..................................................................................................................................................

Tiap hariku disinari cahaya wajahmu ,
ketawamu menyentuh benakku ,
terbuai dalam mimpi bayanganmu ,
Aku jatuh cinta !
hati menjerit mengungkapkannya ,
tapi tidak termampu untuk meluahkan ,
hanya wajah suka menyembunyikannya ,
agar kau tidak tahu rahsia itu .

Hari demi hari ku cuba hindari ,
makin ku lari , makin wajahmu mengejari ,
senyumanmu seakan-akan mengekori ,
tidak boleh ku lepas dari bayangan misteri .
hingga ku terleka matamu mengiringi .

Kau seakan mengetahui ,
pandangan mata seorang yang ada cinta
dalamnya ,
kau menoleh untuk melihat ,
cuba memahami isi dalamnya ,
yang tersembunyi disebalik wajah ,
aku cuba menjauhi ,
tidak mahu diketahui .

Pandangan matamu bagaikan panahan asmara ,
panahan yang mempersona ,
tidak dapat ku balas ,
hanya senyuman yang dapat diukir ,
mengawal merah wajah di pipi .

................................................................................................................................................

Aku mula menulis ,
cerita kau dan aku ,
inginku tulis puisi cinta buatmu ,
agar kau tahu ,
isi hatiku ,
agar kau mengetahui ,
maksud dalamku ,

Air sungai mengalir ikut arusnya ,
menghanyutkan puisi perasaanku ,
yang hanya tertulis ,
di atas helaian putih .
inginku buang ,
rasa sayang ,
inginku simpan ,
terasa beban ,
kerana sakitnya mencintaimu sukar untuk dijelaskan ,
hanya puisi cinta diatas kertas mampu ku karangkan ,
Daku tulis puisi cinta buatmu ....

**************************************************************************************************************












Pada malam itu , Iman seolah-olah tidak boleh tidur . Dia asyik memikirkan kejadian petang tadi . Perasaannya yang ingin tahu begitu kuat . Dia ingin tahu siapa Nabil sebenarnya . Iman bingkas bangun dari katil lalu dicarinya kotak rahsia miliknya yang tersimpan pelbagai benda didalamnya . Iman mencari konyokan kertas itu . Dia meniliti setiap perincian tulisan yang tertera . Tiada sebarang tanda-tanda . Iman terduduk di katil empuknya sambil memegang sehelai kertas lama dan seketul batu kecil itu . Dia menghempaskan kembali tubuh kecilnya di katil . Kerana terlalu asyik memikirkan hal itu , akhirnya Iman tertidur bersama batu kecil digenggamannya .

Keesokkan harinya , Iman menghadiri kuliah seperti biasa . Dia pusing satu kolej untuk mencari kelibat Nabil . Dia inginkan penjelasan . Dia yakin bahawa Nabil telah menyembunyikan sesuatu daripadanya . Dia mencari dan terus mencari . Hingga sakit kaki Iman dibuatnya . Iman terduduk kecewa kerana terlambat menyedari bahawa kehadiran Nabil penting dalam hidupnya . Dia mengesat peluhnya di dahi kerana terlalu letih . Tiba-tiba ada tangan yang menghulurkan tisu untuknya . Iman memandang pemilik tangan yang menghulurkan . " Nabil ! " Iman yang tadi terduduk bingkas bangun apabila tubuh Nabil berdiri dihadapannya . Dengan wajah yang agak teruja Iman memandang Nabil . Dia memandang dari atas sampai bawah . " Hurm , berbeza " bisik Iman didalam hati . " Kenapa ? Haha . Tak percayakan ? " . Iman mengerutkan dahinya tidak memahami . Lalu dihulurnya sekeping gambar lama kepada Iman . Iman mengambilnya . Alangkah terkejutnya dia apabila lelaki di dalam gambar itu adalah Flawless . Flawless , lelaki idaman Iman suatu ketika dahulu . Tapi kenapa Nabil memberikan gambar ini kepadanya ? Dengan wajah yang tertanya-tanya , Iman bersuara . " Flawless .. " . Nabil mengukir senyuman kepada Iman . Nabil duduk ditembok itu menghadap padang . Iman segera duduk disebelah Nabil mengharap agar Nabil memulakan cerita .

.........................................................................................................................................

" Eh , Korang jom bergambar sama-sama ! " Suasana itu diceriakan dengan suara-suara bekas pelajar SMK Jaya Bestari . Pada hari itu , mereka mengadakan reunion bagi mengumpul kembali bekas-bekas pelajar bersama-sama . Cikgu-cikgu juga turut hadir bagi memeriahkan majlis . Kecoh dibuatnya dengan pekikkan-pekikkan dan gelak tawa mereka . Maklum lah sudah bertahun tidak jumpa . Mesti ada saja cerita yang mereka ingin kongsi . Ada yang sudah berkeluarga , ada yang sudah berjaya menjadi seorang usahawan dan ada yang memiliki syarikat sendiri . Semua mempunyai kerjaya yang bagus . Tidak lupa juga kepada Iman . Kini  dia telah berjaya menjadi seorang Pensyarah di Kolej Swasta . Firzana dan Zara memiliki butik pakaian mereka sendiri di Kuala Lumpur . Nadira pula dinaikkan pangkat sebagai seorang CEO di syarikat Menara Holding kepunyaan Kaisara . Iman tersenyum melihat gelagat rakan-rakannya . Memang tidak ubah perangai mereka seperti zaman remaja dahulu . Pandangan Iman dipalingkan kearah Nabil yang berdiri disuatu sudut . Iman sekali lagi tersenyum . Dia tidak sangka rupa-rupanya Nabil adalah jejaka ' Flawless ' yang juga dikenali sebagai Zack . 
( " Ya . Akulah Zack . Mungkin kau tak percaya bila lihat keadaan aku sekarang . Muka aku berbeza kan dengan foto dalam gambar tu ? Selepas aku dibuang sekolah sebab dituduh menyimpan dadah dalam beg sekolah , aku kemalangan . Jujur aku cakap , aku tak simpan benda bodoh tu . Aku tak tahu siapa yang tuduh aku sampai macam tu sekali . Ada yang cakap Seri yang letak benda tu kat dalam beg aku sebab dia marahkan aku . Tapi aku tak ada bukti . Seminggu lepas aku kena buang sekolah , mama dan papa Seri pindahkan dia sekolah kat kampung . Duduk dengan datuk dan nenek dia . Aku tak menghilangkan diri Iman . Tapi aku kemalangan . Muka aku hancur dan disebabkan itu , aku menjalani pembedahan plastik pada muka aku . Haha . Aku dah tak sehensem dulu Iman . Muka aku banyak parut . Dah tak layak dengan gelaran ' Flawless ' kau tu kat aku . " )
Iman mengukir senyuman kearah Nabil sebaik sahaja dia menoleh ke arah Iman . Nabil pula berjaya dengan kerjayanya sebagai seorang Usahawan . Syarikatnya menjadi rakan kongsi kepada Menara Holding iaitu syarikat milik Kaisara . Iman memandang tangan kanannya yang digenggam seketul batu didalamnya . Iman tersenyum manis . "  Kau tetap sempurna dimata aku Nabil . You're my Sweet Flawless .. " bisik Iman didalam hati .

*****************************************************TAMAT*****************************************************

Petang itu , selepas sesi persekolahan pada waktu pagi . Iman dan rakan-rakannya yang lain membuat keputusan untuk belajar bersama di perpustakaan . Mereka lebih suka jika dapat membuat homework bersama-sama . Sekurang-kurangnya mereka  dapat berbincang dan berkongsi pendapat untuk mencari jawapan yang tepat . Perpustakaan juga terdapat pelbagai buku rujukan yang boleh mereka rujuk maklumat didalamnya . Nadira menyelak Kamus Peribahasa untuk menyedapkan ayat karangannya . Firzana dan Kaisara pula sibuk berbincang mengenai nota Sejarah . Kaisara pula hanya menulis nota ringkas Sains . Masing-masing sibuk dengan kerja yang guru matapelajaran berikan . Begitu juga dengan Iman , pening kepalanya mencari ayat yang ' power ' untuk karangan Bahasa Inggerisnya itu . Iman terkadang menggaru kepalanya dan terkadang mengetuk meja perpustakaan itu bagi mencari idea . Tindakkannya itu tidak menyenangkan pelajar-pelajar yang berada diperpustakaan . Semua memandang sambil menjeling kearahnya . Nadira yang juga perasan memegang tangan Iman untuk memberhentikan dia daripada mengetuk meja . " Shh ! Iman , kau tengok tu semua orang pandang kita . Ini semua sebab kau lah ni . Kalau tak ada idea , lebih baik kau pergi cari buku English atau Kamus Dwibahasa . " nasihat Nadira dengan nada suara yang seperti berbisik . Iman yang sedar dengan perbuatannya itu bingkas bangun lalu pergi ke rak-rak buku untuk mencari buku rujukan . Iman menunduk kepalanya memandang lantai . Malunya bukan kepalang . Pelajar-pelajar itu masih melihatnya walau dia sudah berhenti membuat bunyi bising itu . Akibat tidak memandang hadapan ketika jalan , Iman terlanggar seorang pelajar perempuan . ' Gedebuk! ' jatuh buku yang dipegang oleh pelajar perempuan itu . Dengan wajah yang merah padam  Iman membantu pelajar perempuan itu yang dikenali sebagai Jieha mengambil buku-buku yang jatuh dilantai . Iman meminta maaf lalu terus berlalu pergi kerana begitu malu . " Apalah punya nasib . Haih , malu betul . " keluh Iman didalam hati . Dia berjalan menghampiri sudut rak yang tersusun rapi Kamus-kamus Dwibahasa . Dia membelek-belek dan mencari buku yang dia mahu . Iman terlihat ada satu Buku karangan Bahasa Inggeris pada rak No. 5 . Dia cuba mencapai tetapi tidak sampai dengan ketinggiannya yang tidak setaraf dengan dirinya . Dia menjengketkan kakinya . Tapi malangnya usahanya tidak berhasil . Iman hanya mendongak kepalanya memandang buku itu sambil memikirkan cara untuk mengambilnya . " Boleh saya tolong ? " Iman menoleh ke kanan memandang jejaka tampan disebelahnya . Iman hanya memandang dan tidak berkata apa-apa . Lelaki itu tadi membantu Iman untuk mengambil buku itu . Tetapi , dia turut gagal mengambilnya . Dia sengih memandang Iman lalu dijengketkan kakinya untuk mencapai buku tersebut . Seperti biasa , siapa lagi jejaka tampan itu kalau bukan Flawless si comel hati Iman . Iman ketawa kecil melihat gelagat dia yang juga menjengketkan kaki untuk mengambil buku Bahasa Inggeris itu . Flawless tidaklah begitu tinggi . Ketinggian dia hanya lebih beberapa sentimeter sahaja dengan ketinggian Iman walau dia dua tahun lebih tua . Jadi tidak hairanlah jika dia juga perlu menjengketkan kakinya untuk mengambil buku itu . Iman mengambil buku Bahasa Inggeris itu ditangan kanannya . Belum sempat Iman mengucapkan terima kasih , Flawless terus mempercepatkan langkah berlalu pergi sambil mengusap-usap belakang kepalanya . " Eh ? Dah pergi dah ? Huhu , malu lah tu . " bisik hati Iman sambil ketawa kecil . Raut wajah Iman yang seolah-olah tersenyum riang itu disedari oleh rakan-rakannya . " Haih , Cik Iman kita ni ? Tersenyum nampak ? Ada apa-apa ke yang jadi tadi ? " Firzana menyiku Iman mendesak memberi jawapan . " Erm , mana ada apa-apa . Hihi " Iman menggeleng kepalanya sambil tertunduk malu . " Elleh , macam lah kitorang tak nampak apa yang jadi tadi . Betul tak Kaisara ? " kata Nadira sambil mengangkat keningnya kepada Kaisara . Kaisara hanya tersenyum sambil mengenyitkan matanya ke arah Iman . Iman seperti terjerat . Dia tidak mampu menyembunyikan apa-apa daripada rakan-rakannya . Memang sudah terang lagi bersuluh . Iman tidak boleh berahsia lagi . " Hehe , korang dah tau kan ? so , baguslah . Hihihi . " Iman memandang mereka sambil tersenyum lebar . " Haha , suka lah tu . " Kaisara hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat gelagat Iman yang pelik baginya . Mereka memandang sesama sendiri sambil tersenyum kerana sikap Iman itu dan mereka menyambung semula kerja sehingga selesai .

................................................................................................................................................

Nurul Iman ditolak ke dinding oleh Seri Natasha , pelajar popular disekolahnya yang juga merupakan senior Iman . " Eh perempuan , kau jangan nak menggedik dengan Zack okey ? Kalau kau cuba dekat dengan dia . Haha . Kau tengok lah nanti . " Seri menarik tangan Zack dan berlalu dari situ . Zack mengikut sahaja Natasha dengan raut wajah bersalah . Semua pelajar yang berhampiran memandang ke arah Iman . " Huh ! Zack rupanya nama dia . " Iman tunduk dan mengambil hadiah-hadiah hamper Hari Anugerah Cemerlang yang bertaburan di lantai . Fendi yang kebetulan lalu disitu membantu Iman . " Ya Allah ! Kenapa ni ? Apa yang terjadi ? " tanya Fendi prihatin . Iman tidak terdaya membalas pertanyaan itu . Dia begitu malu dan hanya tersenyum kelat . Dia terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Fendi . Dia mempercepatkan langkahnya ke dewan untuk menghantar hadiah-hadiah ini kepada Cikgu Maya . " Ish ! Flawless just nak tolong aku bawa hadiah-hadiah ini je . Itu pun salah ke ? Haih , tak sangka pula aku Kak Seri girlfriend si mamat Flawless tu . " mengomel Iman sendiri . Iman tidak begitu kisah berkenaan hal itu . Macam yang dia pernah cakap . Dia hanya minat sahaja . Dia tidak kisah langsung jika Flawless itu ada kekasih hati ! Cuma , Iman agak sedikit terkilan . Dia tidak sangka bahawa Kak Seri akan memalukan Iman sampai begitu sekali . Sungguh memalukan ! Apabila sesama perempuan bertikam lidah hanya kerana seorang lelaki yang dia tidak pernah tahu nama sebenarnya pun . " Haih , apalah punya nasib . " Iman menggeleng-geleng kepalanya mengenang nasibnya tadi .

" Ha apa ! " serentak Kaisara dan Firzana bersuara . Iman hanya membalas pandangan mata mereka dengan pandangan kosong . " Iman , sampai macam tu sekali Kak Seri buat kat kau ? Apa dia tadi ? Nama sebenar Flawless , Zack ? "  bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada Iman . " Erm , nampaknya macam tu lah " dengan tenang sahaja Iman menjawab soalan demi soalan itu . Kaisara dan Firzana saling berpandangan . " Kau tak sakit hati ? " tanya Firzana pula dengan penuh tanda tanya . " Nope " jawab Iman sepatah . " Kau tak malu ? Semua orang pandang kau kan ? " tanya Firzana lagi tidak berpuas hati . " Hurm , Ya . Malu tu adalah . Tapi , entah . Aku tak rasa apa-apa . Marah ke , apa ke . Tak ada pun " balas Iman meyakinkan rakan-rakannya itu . " Baguslah , kalau kau tak sakit hati . Sekurang-kurangnya , kau tak adalah sedih . " kata-kata Kaisara menyentap Iman . Kaisara tahu yang dari sudut hati Iman pasti ada perasaan sedih atau kecewa . Cuma saja , ayat-ayat perli itu dikeluarkan supaya menyedarkan Iman yang dia tidak boleh menipu dirinya sendiri . Iman membalas pandangan tajam Kaisara dengan pandangan sayu .  Dia menunduk kepalanya memandang tanah . Tersenyum kelat . Firzana dan Kaisara meninggalkan Iman sendiri . Mereka tahu yang Iman perlu masa untuk bersendirian . Sedang Iman termenung sendiri , tiba-tiba seketul batu yang dibungkus dengan kertas jatuh dari koridor atas . Iman mengambil bungkusan batu itu lalu memandang ke atas . " Haihh , siapa yang baling ni ? Nasib tak kena kepala " bisik hati Iman . Iman membuka kertas itu lalu dibaca tulisan yang tertera di atasnya . ' Sorry ' . Iman terkedu . Dia menggenggam batu itu ditangan kanannya lalu dimasukkan ke dalam kocek bajunya . Iman tersenyum . Dia melipat ronyokkan kertas itu kecil-kecil dan simpannya di dalam kocek .

.............................................................................................................................................

Sejak peristiwa itu , Iman tidak lagi melihat kelibat Flawless dibarisan pelajar datang lewat . Malah , di persekitaran sekolah juga bayangnya tidak kelihatan . " Kau ada dengar cerita yang Zack dah kena buang sekolah ? " khabar-khabar angin seperti ini sudah tersebar luas di sekolah . Tetapi , tiada pula khabar angin yang keluar mengatakan kenapa dia di buang sekolah . Persoalan ini sentiasa bermain difikiran Iman . Terlalu banyak soalan sehingga tiada ruang kosong untuk mengisi jawapan kerana tiada siapa juga tahu jawapannya . Seri Natasha juga telah berpindah sekolah . Jadi tiada lagi Diva yang mulut becok membuka cerita . Rakan-rakan Seri juga hanya berdiam diri . Tidak berkata apa-apa . Iman juga tidak ada lagi ' Hot story ' untuk diceritakan kepada Zara kerana kehilangan sumber .
Iman menghempaskan badannya di katil . Dia melambung-lambung batu yang dijumpainya setahun lepas . " Haih , tak sangka cepat je masa berlalu . Mana lah dia menghilangkan diri . " fikir Iman sendiri .

****************************************************************************************************************

" Wey korang ! Jumpa kat college esok ! " lambai Anis kepada Iman dan Intan . Mereka membalas lambaian Anis dengan senyuman . " Iman , aku nak tanya sikit boleh ? " kata Intan memulakan perbualan . Iman mengangkat keningnya tanda membenarkan . " Kenapa kau selalu simpan batu tu kat kocek baju kurung kau eh ? Lepas tu , kau mesti lambung-lambung batu tu . Kenapa ya ? " Iman tersentak buat seketika . Sebelum ini tiada yang pernah bertanyakan soalan itu kepada Iman . Intan lah orang pertama . Mungkin tiada siapa berani untuk bertanya . Takut-takut batu itu hinggap di kepala siapa yang bertanya . Iman memandang Intan sambil mengukir senyuman . " Haha , entah . Tapi , aku suka dengan batu ni " balas Iman merahsiakan . Intan terima sahaja jawapan yang diberikan walau itu bukan jawapan yang dia mahu . Dia tahu bahawa itu bukan jawapan yang sebenar . Tapi Intan harap suatu hari nanti Iman akan bercerita sesuatu tentang batu misteri itu . " Pim pin "  bunyi hon kereta Myvi memecah keheningan . " Iman , aku pergi dulu ya ? Kawan aku dah datang . Take care k ? " . Iman tersenyum apabila dia melihat seorang lelaki yang memandu . " Kawan special lah tu " Iman menyinggung Intan lalu mereka berlaga pipi . Intan mengenyitkan matanya sebagai isyarat . Iman senyum tanda mengerti . Kemudiannya , kereta Myvi itu berlalu pergi dengan lajunya hilang dari pandangan . Iman mengorak langkahnya untuk ke perhentian bas . Dia melambung-lambung semula batu yang digenggam nya tadi . Entah kenapa sudah menjadi tabiatnya . Sebenarnya , dia berharap . Berharap si pemilik batu itu akan mengambil semula batu yang telah ditinggalkan bersama Iman . Iman berharap agar orang itu datang . Merampas semula batu itu . Supaya , Iman tahu . Siapa gerangan pemiliknya . Sedang dia mengelamun sendiri , batu yang dilambungnya diambil oleh seorang jejaka yang tak dikenalinya . Iman terkejut dengan tindakkan lelaki tersebut . Dia cuba merampas kembali batu kecil ditangan lelaki itu tetapi tidak berjaya . Iman tahu yang lelaki itu belajar di kolej yang sama kerana dia memakai tag kolej yang serupa sepertinya . Iman mengetap bibirnya geram . Dia hanya berlalu pergi meninggalkan lelaki ' gila ' itu . " Eh ? Kau tak nak balik ke batu kecil ni ? " lelaki itu menghalang Iman untuk meneruskan perjalanannya . Dia mengacah-acah Iman dengan menghulurkan batu itu kepada Iman . Iman yang sudah hilang sabar mula bersuara . " Bagi balik lah batu tu . Mestilah aku nak , aku punya . " kata Iman seolah-olah merayu . " Ha ! Kalau kau nak batu ni , ada satu syarat . Kau kena kawan dengan aku . Okey ? Kalau kau ambil batu ni , bermakna yang kau terima aku jadi kawan kau . " syarat itu diterima oleh Iman . Bagi Iman , apa salahnya jika hanya berkawan . Iman mengangguk tanda setuju . Lelaki itu tersenyum puas apabila syaratnya dipersetujui oleh Iman . " Hai , nama aku Nabil . Nabil Zackry . Muhammad Nabil Zackry . Kau boleh panggil aku Nabil . Kau pula ? " . " Okey Nabil . Nama aku Nurul Iman . Kau boleh panggil aku Iman je . " . " Serius aku kena panggil kau ' Iman je ' . Okey , Hai Iman je . " kata Nabil sekadar mengusik . Iman hanya mampu tersenyum melihat kerenah nakalnya . " Iman je , Iman je . I manje . Eh-eh ? Kalau aku panggil kau manje pun sedap juga kan ? Hehe " . Iman memandang Nabil dengan pandangan yang tajam . Nabil menelan air liurnya kelat . " Opss ! Huhu , okey-okey . Tak tak . Aku tak panggil . " sambil menekup mulutnya . Hanya kerana seketul batu kesayangan . Nabil diikat menjadi kawan . Sesi perkenalan mereka seperti secara kebetulan . Tidak disangka oleh Iman . Iman hanya memandang Nabil yang berjalan riang tersenyum keanak-anakkan . Dibeleknya semula batu tersebut . Sehingga sampai di perhentian bas .

............................................................................................................................................

Seperti biasa , Iman akan pergi ke perpustakaan setiap hari selasa kerana dia tiada kuliah pada hari itu . Jadi , dia menghabiskan masanya di perpustakaan bagi menyiapkan assignment-assignmentnya yang tinggi menggunung itu . Iman terkadang menggosok-gosok matanya kerana terlalu lama menghadap komputer riba . Matanya seperti tidak tahan melihat tulisan-tulisan di skrin itu . Dia sandarkan kepalanya dikerusi . " Haih , assignment banyak lagi . Tapi , aku dah tak larat ni . " keluh Iman sendiri . Dia menongkat tangannya di dagu . Kadangkala dia menoleh ke kanan dan ke kiri . Dia memandang semua siswa  yang berada di perpustakaan . Ada yang sedang menelaah komik , ada yang sedang menyusun buku dan ada juga yang tidur sambil menutup muka mereka dengan buku . Iman hanya menggeleng memandang setiap siswa itu . Macam-macam kerenah ada . Untuk mengelakkan dirinya tertidur seperti siswa lain , Iman mengambil keputusan untuk berjalan mencari buku untuk dibaca . Sekurang-kurangnya , adalah bahan untuk assignment dia nanti .  Perpustakaan Umar begitu besar . Ada tiga tingkat lagi . Dipermudahkan dengan adanya lif . Jadi , begitu mustahil jika buku untuk rujukan Iman tidak dijumpai . Cuma dia kena berusaha untuk mencari buku itu di dalam perpustakaan yang besar ini . Iman meronda di tingkat yang pertama dahulu . Memandangkan dia sudahpun berada di situ jadi dia memulakan pencariannya . Dia memandang dan membaca dengan teliti setiap ayat yang telah ditampal di rak-rak buku tersebut . Ada bahagiannya tersendiri . Iman menggunakan lif untuk ke tingkat dua pula . Dia merasakan bahawa buku yang dia inginkan ada pada tingkat tersebut . Dia berusaha mencari . Mencari dan mencari . Akhirnya langkah Iman terhenti apabila dia terbaca sudut Sastera pada rak tersebut . Iman tersenyum apabila dia sudah pun menjumpai rak yang dia maksudkan . Dia membelek-belek setiap buku yang tersusun . Dia mendongak . " Haih , kenapalah buku yang best-best mesti diorang susun atas-atas . " Iman mengeluh . Dia cuba mencapai buku tersebut tiba-tiba satu tangan telah mengambil buku itu . " Eh ? Saya nak buku itu " . Rupa-rupanya Nabil secara tiba-tiba berada disebelahnya dan mengambil buku tersebut sambil menyelak setiap muka surat . " Tebal ni . Rajin kau nak baca ? " kata Nabil sambil senyum sinis ke arah Iman . " Ish ! Budak ni lagi . " bisik hati kecil Iman . Iman tidak membalas . Dia cuma menghulurkan tangan dengan isyarat agar Nabil memberikan buku itu kepadanya . Nabil seperti biasa suka menyakat Iman . Dia mengacah-acah tidak mahu bagi . Dengan perasaan geram . Iman hanya merampas sahaja buku itu ditangan Nabil lalu pergi meninggalkan dia . " Eh ? Tak nak ucap terima kasih ke ? Dah dua kali dah kau tak berterima kasih kat aku . " kata-kata Nabil telah menyentap perasaan Iman membuatkan langkahnya terhenti . " Dua kali ? Tapi , aku baru kenal dia minggu lepas dan aku tak pernah jumpa dia pun di perpustakaan ? Baru hari ini je . " Iman menoleh kebelakang . Nabil hanya berlalu dari situ sambil melemparkan senyuman kepadanya . Iman tersentak buat kali yang kedua . " Senyuman tu ! Aku kenal senyuman tu ! Tapi , tak mungkin . Tak akan lah . Tak mungkin dia ! "

..........................................................................................................................................



Iman melangkah masuk ke sekolah dengan perasaan yang berdebar-debar . Entah apa yang dirisaukan sangat pun dia tidak tahu . Mungkin , dia risau kawan-kawan memandangnya pelik dengan uniform barunya itu . Iman mempercepatkan langkahnya ke dataran perdana . Dia tahu yang dia sudah lewat 10 minit . Dia tidak mahu dipotong markah merid pada waktu hari pertama sekolah . " Boleh pecah rekod ni . Dah la pengawas baru , datang lambat pulak tu . Oh No no ! Aku tak boleh kena tolak merid . Jatuhlah saham . " rungut hati kecil Iman . Dia segera meletakkan beg galasnya lalu segera berdiri di barisan kelas yang ditugaskan . Pada mulanya , Iman rasa agak kekok untuk menegur pelajar-pelajar lain yang juga merupakan rakan-rakannya . Selalunya dia ditegur oleh pengawas-pengawas tetapi sekarang dia pula perlu menegur rakan-rakannya duduk dalam barisan yang lurus . Debaran jantung Iman semakin berkobar apabila Ketua Pengawas , Nor Laila Sofia menarik tangan Iman dan menugaskan dia untuk menegur pelajar yang bermasalah itu . Tiga Cekal memang cukup dikenali dengan sikap nakal mereka . Bilangan pelajar lelaki mereka lebih ramai berbanding kelas lain . " Memang mustahil bagi pengawas baru seperti aku ni nak tegur diorang . Kalau pengawas senior pun diorang tak ikut , apatah lagi aku hanya serangga kecil je dimata diorang . " Iman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal . Jujur dia begitu takut . Sudah hampir 15 minit dia hanya berdiri sahaja disitu tidak berbuat apa-apa . Perhimpunan akan dimulakan tak lama lagi . Tetapi keadaan pelajar masih lagi tidak terkawal . Iman mengesat peluhnya didahi . Dia menarik nafas panjang untuk menenangkan hatinya . " Tolong senyap sikit ! Perhimpunan dah nak mula ni ! " Tiba-tiba kedengaran suara Firzana mengarahkan pelajar-pelajar itu . Iman hanya memandang dengan wajah terpegun . Tidak sangka pula dia yang si kecil Firzana itu dapat membuat semua pelajar lelaki 3 Cekal itu mendengar arahannya .
Firzana Afiqah , kawan baik kepada Iman . Mereka sudah berkawan dari sekolah rendah lagi . Sikap tegas dan tanggungjawabnya melayakkannya menjadi pengawas sehingga Tingkatan 3 . Sekarang , dia memegang jawatan sebagai Biro Disiplin bagi pengawas tingkatan tiga . Firzana lah yang mendorong Iman untuk pergi temuduga pengawas tahun lepas . Sehingga dia layak menjadi pengawas tahun ini . Iman tersenyum puas sebaik sahaja pelajar nakal itu terdiam dan mendengar arahan Firzana tadi . " Kalau dia boleh , aku pun mesti boleh . " Iman berfikir sejenak . Fikirannya itu terganggu sebaik sahaja arahan untuk nyanyi lagu Negaraku , Negeri Selangor dan Sekolah dikeluarkan . Semua pelajar bersedia untuk menyanyi lagu tersebut . Begitu juga dengan pengawas , mereka diminta untuk berbaris di tepi barisan kelas pelajar perempuan dan pelajar lelaki . Iman dengan terpaksanya mengikut sahaja arahan apabila dia diarahkan untuk bersama pengawas lain membuat barisan disebelah pelajar lelaki . Dia bukannya apa , cuma Iman lebih suka jika dia hanya ditugaskan menegur pelajar perempuan . Tetapi , seperti yang telah cikgu cakapkan disesi temuduga tahun lepas . Pengawas mestilah seorang yang berani dan pandai menghadapi dan menyelesaikan sesuatu masalah , dan Iman harus menghadapinya jua . Kerana dia pun sudah berjanji untuk menjadi pengawas yang berkaliber dan berkualiti . Jika tidak , dia tentu tidak akan dipilih menjadi seorang pengawas . Itu bermakna cikgu telah memberikan kepercayaan kepada dia untuk menjalankan tugas tersebut . Hanya kata-kata cikgu pada sesi temuduga itu sahaja yang dapat menaik semula semangat Iman untuk menjadi seorang pengawas . Sedang lagu sekolah dinyanyikan , Iman seperti tidak senang duduk . Dia merasakan ada seseorang yang memperhatikan dirinya . Dia terkadang menoleh kekiri dan kemudian menoleh ke kanan . Dengan sekali imbasan , Iman memang tidak nampak apa-apa . Dia takut jika guru-guru yang berada dihadapan perasan dengan kelakuannya itu . Jadi , dia membiarkan sahaja naluri hatinya yang ingin tahu . " Pss pss ! Pengawas-pengawas . Ehem ehem ! " terdengar suara seakan-akan berbisik ditelinga kanan Iman . Suara itu kadangkala memanggil dan berdehem kepada dia . Pada mulanya , Iman seperti tidak hairan kerana Iman juga turut berbaris dibarisan pengawas . Mungkin , orang itu memanggil pengawas lain . Tetapi bila suara itu berdehem berulang kali , Iman cuba menoleh . " Hai ! " ucap lelaki itu sambil senyum lebar . Iman hanya tersengih untuk membalas senyuman manis pelajar lelaki itu terhadapnya . Hati Iman tersenyum riang . Seolah-olah ingin menjerit dan melompat keanak-anakkan disitu . Tetapi Iman mengawal diri . Dia tidak mahu yang pelajar lelaki itu tahu bahawa Dia lah secret admire Iman ! Iman kembali menoleh kehadapan untuk menyembunyikan muka terujanya itu daripada dilihat lelaki manis itu .
Perhimpunan dijalankan seperti tahun-tahun sebelumnya . Memandangkan ini adalah sesi persekolahan yang pertama . Jadi , para pentadbir memberi sedikit ucapan dan kata-kata aluan selamat datang kepada para pelajar . Bukan sahaja para pentadbir yang banyak ceritanya malah pelajar-pelajar turut mengambil peluang ini untuk berbual dengan rakan-rakan mereka . Begitu juga dengan Iman . Habis sahaja ucapan dari pentadbir dan pelajar diarahkan masuk ke kelas . Iman terus berlari dan mendapatkan Zara kawan rapat Iman . Iman lebih gemar berkongsi cerita dengan Zara berbanding rakan-rakannya yang lain . Bagi Iman , Zara merupakan kawan yang memahami dan senang untuk Iman bercerita kongsi suka duka dengannya . Lagi-lagi bila bercerita pasal lelaki idamannya itu . " Zara ! Hot story hot story ! " Iman berlari ke arah Zara dengan wajah yang termengah-mengah . Zara yang pelik dengan kelakuan rakannya itu hanya memandang dengan wajah hairan . Tetapi , Zara dah tahu . Pasti Iman ada cerita tentang mat Flawless itu . Dengan nafas yang masih tercungap-cungap , Iman terus menarik tangan Zara untuk menceritakan peristiwa gembira yang terjadi pada dirinya sambil berjalan untuk masuk ke kelas .

" Oh , so sweet ! Maybe dia suka dekat kau kot . " kata-kata itu terus diucap keluar dari bibir Zara selepas mendengar segala-galanya daripada Iman . " Ish ! Tak mungkin lah . Lagipun , dia tak kenal aku pun . Aku pun tak kenal dia . Nama dia pun , sampai sekarang aku tak tahu . " kata Iman menafikan . Iman menongkat tangannya didagu . Dia berfikir . Adakah apa yang dikatakan oleh Zara tu betul ? Atau Iman je yang perasan ? Huh ! Pelbagai persoalan yang bermain difikiran Iman . Jujur ! Iman tak sukakan dia pun . Bagi Iman , dia masih terlalu mentah untuk semua itu . Iman mengaku yang dia hanya berminat . Minat untuk memandang wajahnya sahaja . Itu yang boleh buat Iman tersenyum tiap-tiap harinya disekolah . Omelan Zara tidak didengari oleh Iman . Dia bukannya tak sengaja . Tapi dia memang saja buat-buat tidak tahu . Seolah-olah dia sedang mengelamun . Fikiran Iman kini dipenuhi dengan idea-idea untuk menulis ceritanya hari ini diblog . Dia tidak sabar untuk mendapat respon daripada rakan bloggernya tentang perasaan yang dianggap masalah baginya . Pasti ada sahaja komentar yang berminat nak tahu siapakah gerangan ' Flawless ' . Itu yang Iman sering menghabiskan masanya diblog sehingga dia dimarahi oleh Puan Nurin . " Woi ! Kau ni dengar ke tak ? " jeritan Zara ditelinga betul-betul memeranjatkan . Iman mengusap-usap dadanya kerana terlalu terkejut . " Mesti kau tak dengar kan ? Penat je aku cakap sorang-sorang . " tindak balas Iman tidak memuaskan hati Zara . Dia yakin yang Iman memang tidak langsung mendengar apa yang dikatakan . Membuatkan Zara mengetap bibirnya geram . Iman memandang wajah Zara . Dia tahu yang Zara berkecil hati dengannya . " Zara , janganlah merajuk . Alolo , comelnya dia . " pujuk Iman sambil mencubit hidung Zara . Zara kembali tersenyum . Bukannya susah untuk memujuk kawan rapatnya yang seorang itu . Hanya sekali pujukan , pasti Zara berlembut hati semula . " Haa , macam tu lah " lega hati Iman apabila Zara tidak lagi masam mencuka . Cuak juga Iman dibuatnya . Iman mengalihkan pandangannya ditingkap . Sungguh tenang jiwanya . Melihat keindahan alam . Iman turut kembali tersenyum . Terukir manis diwajahnya . Apabila wajah Flawless bermain diminda .

.............................................................................................................................................

Flawless . Haha , nama ni sebenarnya Zara yang bagi . Sebab kitorang sendiri sampai sekarang tak tahu nama sebenar dia . Disebabkan muka dia yang putih and wajah yang agak handsome . Zara gelarkan dia dengan nama Flawless tu . Huhu . Serious tak sangka ! First day sekolah dah dapat jumpa dia . Tapi macam biasa , dia akan berbaris dekat barisan pelajar yang datang lambat . Selain Zara yang tahu pasal Mat Flawless tu . Nadira , Kaisara dan Firzana pun tahu . Hehe well , perempuan kan . Mestilah kongsi-kongsi cerita . Tapi Zara lah yang paling berminat nak tahu cerita aku dengan Flawless tu . Okey , sambung pasal budak Flawless tu . Actually , aku memang tahu yang dia tu geng-geng budak nakal . Aku tak berapa kisah sebenarnya . Sebab dia lucu bagi aku . Tindak-tanduknya asyik buat aku tergelak je . Haha , aku memang kaki stalker ! X) 

Penulisan Iman terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi . Iman tersenyum sebaik sahaja dia melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya . " Hello , Iman jom keluar ? Kita jumpa kat taman . Aku belanja kau aiskrim . Okey tau ! Bye ! " belum sempat Iman membalas perbualan itu dimatikan . Iman hanya menggeleng kepalanya sambil tersenyum . Dia menutup kembali komputer ribanya dan bersiap untuk berjumpa dengan Kaisara . Dia takut Kaisara menunggunya lama di taman .
Dari jauh terlihat Kaisara yang tengah duduk sambil menikmati sebatang aiskrim . Iman mempercepatkan langkahnya menuju ke arah Kaisara . " Ha , aiskrim aku mana ? Kata nak belanja ? " Iman menuntut aiskrim yang Kaisara janjikan . Kaisara menghulurkan aiskrim Cornetto Strawberry pada Iman . Iman tersenyum gembira apabila Kaisara menghulurkan aiskrim kesukaannya . Sedang Iman membuka pembungkus aiskrim itu , Kaisara memulakan perbualan . " Apa cerita pasal dia tu ? Zara kata yang kau jumpa dia waktu nak datang sekolah . Betul ke ? " tanya Kaisara ingin tahu . Iman menjilat aiskrim yang hampir menitik itu terlebih dahulu sebelum menjawab pertanyaan Kaisara . " Huhu , a'ah . Jodoh kot . " Jawapannya itu diiringi dengan ketawa kecil . Iman memandang wajah kawannya . Kaisara tidak memberi sebarang respon dengan tawanya . Mata Kaisara terkebil-kebil dan wajahnya kelihatan serius . Iman berhenti tersenyum dia hanya buat muka selamba dihadapan Kaisara . " Iman , biar betul kau ni ? Tahun sebelum ni kau suka dekat Pistachio , sekarang Flawless pula ? " tanya Kaisara untuk mendapat respon Iman kembali yang sudah terhenti buat seketika . Iman menggaru kepalanya yang tidak gatal . " Kaisara , sebab tu lah aku cakap . Aku tak suka . Tapi aku minat . Just minat tengok muka dia je . " Iman membalas untuk meyakinkan Kaisara bahawa dia bukan jenis yang Playgirl . Cuma dia selalu keliru dengan perasaannya sendiri . Macam-macam gelaran yang mereka beri . Pistachio lah , Peanut Butter lah , Jebat dan yang terkini adalah Flawless . Semua itu adalah orang yang berbeza . Tahun yang berbeza . Itu yang Kaisara tidak begitu senang dengan sikap Iman . Mudah jatuh suka . Minat dekat senior pula tu . Tetapi , Kaisara cuba memahami sikap kebudak-budakkan Iman , yang masih belum boleh berfikiran matang . Walau sudah berusia 15 tahun . " Haih , Ya lah Iman . Janji kau happy . " Kaisara menepuk belakang badan Iman . Iman tidak membalas . Hanya tersengih memandang Kaisara sambil menikmati aiskrim free yang dibelanja olehnya . Mereka menyambung perbualan dengan topik-topik lain .

Iman termenung . Terkenang semula kata-kata Kaisara kepadanya petang tadi . " Hurm . Betul juga . Tapi , aku bukannya suka pun kat diorang . Aku just minat je . Lagipun , aku minat dalam diam . Flawless pun tak tahu yang aku minat dia . Jadi , salah ke aku ? " Iman mengeluh panjang . Dia tidak mahu dicop sebagai Playgirl oleh Kaisara . Walau Kaisara tiada niat , tapi Iman harap yang Kaisara akan memahaminya suatu hari nanti .

............................................................................................................................................

My Sweet Flawless !


~ cerpen ~



Hurm , first day sekolah . Dup dap Dup dap . Haha , berdebar jantung . Tak tahu kenapa rasa berdebar sangat . Maybe sebab aku dah tukar jawatan aku daripada pengawas pusat sumber kepada pengawas sekolah kot . Iya lah , dulu pakai baju warna ungu . Sekarang , kena tukar pakai baju colour coklat pula . Itu yang rasa lain macam tu . Huhu . Tahun ni adalah tahun baru buat aku dan kawan-kawan aku . Kami bertukar sesi petang ke pagi . Kami dah tak boleh main-main . Pada tahun ni jugalah kami akan menduduki PMR . Huuh , takut betul ! Even baru awal tahun . Tapi aku mesti start dari awal . Masa itu kan emas . So , aku mana boleh buang masa keemasan aku tu macam tu je . Betul tak ? Hurm , still berdebar bila ingat pasal aku jadi pengawas . Mesti kawan sekolah aku semua pandang pelik je kat aku . Maklumlah , first time pakai baju lain daripada yang lain ni . Huhu , Hopefully kawan-kawan pengawas aku yang lain dapatlah tolong aku menyesuaikan diri .

" Pim pin ! Pim pin ! " bunyi hon bas sekolah Pak Cik Usop cukup memeranjatkan Nurul Iman . Iman meneliti jam tangannya yang terpakai cantik di tangan kanannya . Muka Iman berkerut-kerut melihat jarum jam tangan miliknya itu . " Eh ? Baru pukul 6.30 pagi . Awalnya . " bisik hati Iman . Iman melihat jam dinding merah jambunya untuk meyakinkan rasa hairannya terhadap Pak Cik Usop yang mengambilnya awal ke sekolah . Alangkah terkejutnya Iman apabila jam didinding telah menunjukkan tepat pukul 7.00 pagi . Terlongo mulut Iman dibuatnya kerana terkejut . Rupanya , bukan Pak Cik Usop yang mengambilnya awal tetapi jam tangannya yang kehabisan bateri . Tanpa membuang masa , Iman terus klik publish dan menutup semula account blognya itu lalu bergegas keluar dari bilik . Dia segera mengintai-intai keluar berandar untuk melihat kelibat bas sekolah Pak Cik Usop . Tapi malangnya , kelibat itu tidak lagi kelihatan . Bunyi hon bas Pak Cik Usop tidak lagi kedengaran . Iman menghempaskan punggungnya ke sofa empuk itu dengan perasaan kecewa . " Haih , kena tinggal bas lagi ? Ni dah kali ke berapa Nurul kena tinggal bas ni ? Itulah mama dah cakap , lain kali jangan lambat . Jangan asyik sibuk dengan laptop je . Lepas balik sekolah buka lah puas-puas . Sekarang siapa yang susah ? Kamu juga kan kena pergi sekolah jalan kaki . " bebel Puan Nurin kepada anak perempuan tunggalnya itu . Bukan sekali Iman lambat , sudah berkali-kali . Itu yang Pak Cik Usop tak lagi menunggu jika dia lambat . Iman memuncungkan bibirnya sebaik sahaja bebelan Puan Nurin itu dihabiskan dengan ayat ' jalan kaki '. Iman sudah faham . Walau dia cuba memujuk ibunya berkali-kali untuk hantarnya ke sekolah . Namun , usahanya itu hanya sia-sia . Puan Nurin tidak akan melakukannya kecuali dalam keadaan terpaksa . Malah , dia lebih menggalakkan anaknya itu berjalan kaki sahaja . Puan Nurin bukan mahu menghukum anak perempuannya itu . Sebaliknya , dia ingin memberi pengajaran kepada Iman supaya menepati masa dan tidak mengambil remeh terhadap sesuatu perkara . Lagi pula , jarak sekolah antara rumahnya juga tidak terlalu jauh . Jadi , tidak salahnya jika Iman berjalan kaki . Dengan bibir yang muncung dan wajah yang kelat . Iman mencapai beg sekolah miliknya lalu segera memperkemaskan ikatan tali kasutnya untuk ke sekolah . Selepas mencium tangan ibunya . Iman memulakan hari pertama persekolahannya dengan berjalan kaki ke sekolah . 
Dia tidak berapa kisah sebab dia memang sudah biasa begitu . Dari tahun lepas lagi , mungkin dua kali seminggu dia akan ditinggal oleh Pak Cik Usop . Bukan Pak Cik Usop sengaja meninggalkan Nurul Iman tetapi diminta oleh Puan Nurin , ibu kepada Iman . Supaya Iman sedar bahawa tidak semua orang sabar dengan sikap ambil mudahnya itu . Sekurang-kurangnya dia dapat belajar daripada kesilapannya itu . Walau bebelan Puan Nurin kepada Iman kadangkala seperti mencurah air ke daun keladi . Tetapi Puan Nurin yakin , bahawa anaknya itu akan berubah dan tidak lagi bersikap demikian . Sedang Iman mengorak langkah , dia tersentak apabila sekumpulan motor memecut laju sambil membunyikan hon kepadanya . Buku subjek Bahasa Melayu dan Geografi yang dipegang Iman jatuh ke tanah akibat terlalu terkejut . Iman menggenggam erat tangannya kerana menahan marah . " Ish ! bengang betul aku . Kalau jatuh , aku lah orang pertama yang gelakkan korang tau . Huh ! . Lalu dijelingnya ke arah remaja-remaja nakal itu . Iman tunduk lalu mengambil semula bukunya . Salah seorang remaja yang menunggang motor ternampak situasi tersebut . Dia memberhentikan motornya dihadapan Iman . Iman tersentak seketika apabila wajah dihadapannya itu adalah orang yang dikenalinya . Iman seperti mengelamun . " Hello ? awak , okey tak ? terkebil-kebil mata Iman apabila ditanya oleh remaja itu . " Awak okey ke tak ni ? Kalau tak , saya boleh hantar awak sampai sekolah ? " Iman mengangguk dan terkadang menggeleng kepalanya semula seakan-akan tidak sedar akan pertanyaan remaja itu kepadanya . Dia bertambah hairan . Remaja itu senyum dan terus berlalu pergi bersama motor EX5 warna biru itu . " Flawless " Iman hanya memandang remaja itu yang semakin lama semakin jauh dari pandangan sambil tersenyum sendiri .

..............................................................................................................................................