Iman melangkah masuk ke sekolah dengan perasaan yang berdebar-debar . Entah apa yang dirisaukan sangat pun dia tidak tahu . Mungkin , dia risau kawan-kawan memandangnya pelik dengan uniform barunya itu . Iman mempercepatkan langkahnya ke dataran perdana . Dia tahu yang dia sudah lewat 10 minit . Dia tidak mahu dipotong markah merid pada waktu hari pertama sekolah . " Boleh pecah rekod ni . Dah la pengawas baru , datang lambat pulak tu . Oh No no ! Aku tak boleh kena tolak merid . Jatuhlah saham . " rungut hati kecil Iman . Dia segera meletakkan beg galasnya lalu segera berdiri di barisan kelas yang ditugaskan . Pada mulanya , Iman rasa agak kekok untuk menegur pelajar-pelajar lain yang juga merupakan rakan-rakannya . Selalunya dia ditegur oleh pengawas-pengawas tetapi sekarang dia pula perlu menegur rakan-rakannya duduk dalam barisan yang lurus . Debaran jantung Iman semakin berkobar apabila Ketua Pengawas , Nor Laila Sofia menarik tangan Iman dan menugaskan dia untuk menegur pelajar yang bermasalah itu . Tiga Cekal memang cukup dikenali dengan sikap nakal mereka . Bilangan pelajar lelaki mereka lebih ramai berbanding kelas lain . " Memang mustahil bagi pengawas baru seperti aku ni nak tegur diorang . Kalau pengawas senior pun diorang tak ikut , apatah lagi aku hanya serangga kecil je dimata diorang . " Iman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal . Jujur dia begitu takut . Sudah hampir 15 minit dia hanya berdiri sahaja disitu tidak berbuat apa-apa . Perhimpunan akan dimulakan tak lama lagi . Tetapi keadaan pelajar masih lagi tidak terkawal . Iman mengesat peluhnya didahi . Dia menarik nafas panjang untuk menenangkan hatinya . " Tolong senyap sikit ! Perhimpunan dah nak mula ni ! " Tiba-tiba kedengaran suara Firzana mengarahkan pelajar-pelajar itu . Iman hanya memandang dengan wajah terpegun . Tidak sangka pula dia yang si kecil Firzana itu dapat membuat semua pelajar lelaki 3 Cekal itu mendengar arahannya .
Firzana Afiqah , kawan baik kepada Iman . Mereka sudah berkawan dari sekolah rendah lagi . Sikap tegas dan tanggungjawabnya melayakkannya menjadi pengawas sehingga Tingkatan 3 . Sekarang , dia memegang jawatan sebagai Biro Disiplin bagi pengawas tingkatan tiga . Firzana lah yang mendorong Iman untuk pergi temuduga pengawas tahun lepas . Sehingga dia layak menjadi pengawas tahun ini . Iman tersenyum puas sebaik sahaja pelajar nakal itu terdiam dan mendengar arahan Firzana tadi . " Kalau dia boleh , aku pun mesti boleh . " Iman berfikir sejenak . Fikirannya itu terganggu sebaik sahaja arahan untuk nyanyi lagu Negaraku , Negeri Selangor dan Sekolah dikeluarkan . Semua pelajar bersedia untuk menyanyi lagu tersebut . Begitu juga dengan pengawas , mereka diminta untuk berbaris di tepi barisan kelas pelajar perempuan dan pelajar lelaki . Iman dengan terpaksanya mengikut sahaja arahan apabila dia diarahkan untuk bersama pengawas lain membuat barisan disebelah pelajar lelaki . Dia bukannya apa , cuma Iman lebih suka jika dia hanya ditugaskan menegur pelajar perempuan . Tetapi , seperti yang telah cikgu cakapkan disesi temuduga tahun lepas . Pengawas mestilah seorang yang berani dan pandai menghadapi dan menyelesaikan sesuatu masalah , dan Iman harus menghadapinya jua . Kerana dia pun sudah berjanji untuk menjadi pengawas yang berkaliber dan berkualiti . Jika tidak , dia tentu tidak akan dipilih menjadi seorang pengawas . Itu bermakna cikgu telah memberikan kepercayaan kepada dia untuk menjalankan tugas tersebut . Hanya kata-kata cikgu pada sesi temuduga itu sahaja yang dapat menaik semula semangat Iman untuk menjadi seorang pengawas . Sedang lagu sekolah dinyanyikan , Iman seperti tidak senang duduk . Dia merasakan ada seseorang yang memperhatikan dirinya . Dia terkadang menoleh kekiri dan kemudian menoleh ke kanan . Dengan sekali imbasan , Iman memang tidak nampak apa-apa . Dia takut jika guru-guru yang berada dihadapan perasan dengan kelakuannya itu . Jadi , dia membiarkan sahaja naluri hatinya yang ingin tahu . " Pss pss ! Pengawas-pengawas . Ehem ehem ! " terdengar suara seakan-akan berbisik ditelinga kanan Iman . Suara itu kadangkala memanggil dan berdehem kepada dia . Pada mulanya , Iman seperti tidak hairan kerana Iman juga turut berbaris dibarisan pengawas . Mungkin , orang itu memanggil pengawas lain . Tetapi bila suara itu berdehem berulang kali , Iman cuba menoleh . " Hai ! " ucap lelaki itu sambil senyum lebar . Iman hanya tersengih untuk membalas senyuman manis pelajar lelaki itu terhadapnya . Hati Iman tersenyum riang . Seolah-olah ingin menjerit dan melompat keanak-anakkan disitu . Tetapi Iman mengawal diri . Dia tidak mahu yang pelajar lelaki itu tahu bahawa Dia lah secret admire Iman ! Iman kembali menoleh kehadapan untuk menyembunyikan muka terujanya itu daripada dilihat lelaki manis itu .
Perhimpunan dijalankan seperti tahun-tahun sebelumnya . Memandangkan ini adalah sesi persekolahan yang pertama . Jadi , para pentadbir memberi sedikit ucapan dan kata-kata aluan selamat datang kepada para pelajar . Bukan sahaja para pentadbir yang banyak ceritanya malah pelajar-pelajar turut mengambil peluang ini untuk berbual dengan rakan-rakan mereka . Begitu juga dengan Iman . Habis sahaja ucapan dari pentadbir dan pelajar diarahkan masuk ke kelas . Iman terus berlari dan mendapatkan Zara kawan rapat Iman . Iman lebih gemar berkongsi cerita dengan Zara berbanding rakan-rakannya yang lain . Bagi Iman , Zara merupakan kawan yang memahami dan senang untuk Iman bercerita kongsi suka duka dengannya . Lagi-lagi bila bercerita pasal lelaki idamannya itu . " Zara ! Hot story hot story ! " Iman berlari ke arah Zara dengan wajah yang termengah-mengah . Zara yang pelik dengan kelakuan rakannya itu hanya memandang dengan wajah hairan . Tetapi , Zara dah tahu . Pasti Iman ada cerita tentang mat Flawless itu . Dengan nafas yang masih tercungap-cungap , Iman terus menarik tangan Zara untuk menceritakan peristiwa gembira yang terjadi pada dirinya sambil berjalan untuk masuk ke kelas .

" Oh , so sweet ! Maybe dia suka dekat kau kot . " kata-kata itu terus diucap keluar dari bibir Zara selepas mendengar segala-galanya daripada Iman . " Ish ! Tak mungkin lah . Lagipun , dia tak kenal aku pun . Aku pun tak kenal dia . Nama dia pun , sampai sekarang aku tak tahu . " kata Iman menafikan . Iman menongkat tangannya didagu . Dia berfikir . Adakah apa yang dikatakan oleh Zara tu betul ? Atau Iman je yang perasan ? Huh ! Pelbagai persoalan yang bermain difikiran Iman . Jujur ! Iman tak sukakan dia pun . Bagi Iman , dia masih terlalu mentah untuk semua itu . Iman mengaku yang dia hanya berminat . Minat untuk memandang wajahnya sahaja . Itu yang boleh buat Iman tersenyum tiap-tiap harinya disekolah . Omelan Zara tidak didengari oleh Iman . Dia bukannya tak sengaja . Tapi dia memang saja buat-buat tidak tahu . Seolah-olah dia sedang mengelamun . Fikiran Iman kini dipenuhi dengan idea-idea untuk menulis ceritanya hari ini diblog . Dia tidak sabar untuk mendapat respon daripada rakan bloggernya tentang perasaan yang dianggap masalah baginya . Pasti ada sahaja komentar yang berminat nak tahu siapakah gerangan ' Flawless ' . Itu yang Iman sering menghabiskan masanya diblog sehingga dia dimarahi oleh Puan Nurin . " Woi ! Kau ni dengar ke tak ? " jeritan Zara ditelinga betul-betul memeranjatkan . Iman mengusap-usap dadanya kerana terlalu terkejut . " Mesti kau tak dengar kan ? Penat je aku cakap sorang-sorang . " tindak balas Iman tidak memuaskan hati Zara . Dia yakin yang Iman memang tidak langsung mendengar apa yang dikatakan . Membuatkan Zara mengetap bibirnya geram . Iman memandang wajah Zara . Dia tahu yang Zara berkecil hati dengannya . " Zara , janganlah merajuk . Alolo , comelnya dia . " pujuk Iman sambil mencubit hidung Zara . Zara kembali tersenyum . Bukannya susah untuk memujuk kawan rapatnya yang seorang itu . Hanya sekali pujukan , pasti Zara berlembut hati semula . " Haa , macam tu lah " lega hati Iman apabila Zara tidak lagi masam mencuka . Cuak juga Iman dibuatnya . Iman mengalihkan pandangannya ditingkap . Sungguh tenang jiwanya . Melihat keindahan alam . Iman turut kembali tersenyum . Terukir manis diwajahnya . Apabila wajah Flawless bermain diminda .

.............................................................................................................................................

Flawless . Haha , nama ni sebenarnya Zara yang bagi . Sebab kitorang sendiri sampai sekarang tak tahu nama sebenar dia . Disebabkan muka dia yang putih and wajah yang agak handsome . Zara gelarkan dia dengan nama Flawless tu . Huhu . Serious tak sangka ! First day sekolah dah dapat jumpa dia . Tapi macam biasa , dia akan berbaris dekat barisan pelajar yang datang lambat . Selain Zara yang tahu pasal Mat Flawless tu . Nadira , Kaisara dan Firzana pun tahu . Hehe well , perempuan kan . Mestilah kongsi-kongsi cerita . Tapi Zara lah yang paling berminat nak tahu cerita aku dengan Flawless tu . Okey , sambung pasal budak Flawless tu . Actually , aku memang tahu yang dia tu geng-geng budak nakal . Aku tak berapa kisah sebenarnya . Sebab dia lucu bagi aku . Tindak-tanduknya asyik buat aku tergelak je . Haha , aku memang kaki stalker ! X) 

Penulisan Iman terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi . Iman tersenyum sebaik sahaja dia melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya . " Hello , Iman jom keluar ? Kita jumpa kat taman . Aku belanja kau aiskrim . Okey tau ! Bye ! " belum sempat Iman membalas perbualan itu dimatikan . Iman hanya menggeleng kepalanya sambil tersenyum . Dia menutup kembali komputer ribanya dan bersiap untuk berjumpa dengan Kaisara . Dia takut Kaisara menunggunya lama di taman .
Dari jauh terlihat Kaisara yang tengah duduk sambil menikmati sebatang aiskrim . Iman mempercepatkan langkahnya menuju ke arah Kaisara . " Ha , aiskrim aku mana ? Kata nak belanja ? " Iman menuntut aiskrim yang Kaisara janjikan . Kaisara menghulurkan aiskrim Cornetto Strawberry pada Iman . Iman tersenyum gembira apabila Kaisara menghulurkan aiskrim kesukaannya . Sedang Iman membuka pembungkus aiskrim itu , Kaisara memulakan perbualan . " Apa cerita pasal dia tu ? Zara kata yang kau jumpa dia waktu nak datang sekolah . Betul ke ? " tanya Kaisara ingin tahu . Iman menjilat aiskrim yang hampir menitik itu terlebih dahulu sebelum menjawab pertanyaan Kaisara . " Huhu , a'ah . Jodoh kot . " Jawapannya itu diiringi dengan ketawa kecil . Iman memandang wajah kawannya . Kaisara tidak memberi sebarang respon dengan tawanya . Mata Kaisara terkebil-kebil dan wajahnya kelihatan serius . Iman berhenti tersenyum dia hanya buat muka selamba dihadapan Kaisara . " Iman , biar betul kau ni ? Tahun sebelum ni kau suka dekat Pistachio , sekarang Flawless pula ? " tanya Kaisara untuk mendapat respon Iman kembali yang sudah terhenti buat seketika . Iman menggaru kepalanya yang tidak gatal . " Kaisara , sebab tu lah aku cakap . Aku tak suka . Tapi aku minat . Just minat tengok muka dia je . " Iman membalas untuk meyakinkan Kaisara bahawa dia bukan jenis yang Playgirl . Cuma dia selalu keliru dengan perasaannya sendiri . Macam-macam gelaran yang mereka beri . Pistachio lah , Peanut Butter lah , Jebat dan yang terkini adalah Flawless . Semua itu adalah orang yang berbeza . Tahun yang berbeza . Itu yang Kaisara tidak begitu senang dengan sikap Iman . Mudah jatuh suka . Minat dekat senior pula tu . Tetapi , Kaisara cuba memahami sikap kebudak-budakkan Iman , yang masih belum boleh berfikiran matang . Walau sudah berusia 15 tahun . " Haih , Ya lah Iman . Janji kau happy . " Kaisara menepuk belakang badan Iman . Iman tidak membalas . Hanya tersengih memandang Kaisara sambil menikmati aiskrim free yang dibelanja olehnya . Mereka menyambung perbualan dengan topik-topik lain .

Iman termenung . Terkenang semula kata-kata Kaisara kepadanya petang tadi . " Hurm . Betul juga . Tapi , aku bukannya suka pun kat diorang . Aku just minat je . Lagipun , aku minat dalam diam . Flawless pun tak tahu yang aku minat dia . Jadi , salah ke aku ? " Iman mengeluh panjang . Dia tidak mahu dicop sebagai Playgirl oleh Kaisara . Walau Kaisara tiada niat , tapi Iman harap yang Kaisara akan memahaminya suatu hari nanti .

............................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment