Pada malam itu , Iman seolah-olah tidak boleh tidur . Dia asyik memikirkan kejadian petang tadi . Perasaannya yang ingin tahu begitu kuat . Dia ingin tahu siapa Nabil sebenarnya . Iman bingkas bangun dari katil lalu dicarinya kotak rahsia miliknya yang tersimpan pelbagai benda didalamnya . Iman mencari konyokan kertas itu . Dia meniliti setiap perincian tulisan yang tertera . Tiada sebarang tanda-tanda . Iman terduduk di katil empuknya sambil memegang sehelai kertas lama dan seketul batu kecil itu . Dia menghempaskan kembali tubuh kecilnya di katil . Kerana terlalu asyik memikirkan hal itu , akhirnya Iman tertidur bersama batu kecil digenggamannya .

Keesokkan harinya , Iman menghadiri kuliah seperti biasa . Dia pusing satu kolej untuk mencari kelibat Nabil . Dia inginkan penjelasan . Dia yakin bahawa Nabil telah menyembunyikan sesuatu daripadanya . Dia mencari dan terus mencari . Hingga sakit kaki Iman dibuatnya . Iman terduduk kecewa kerana terlambat menyedari bahawa kehadiran Nabil penting dalam hidupnya . Dia mengesat peluhnya di dahi kerana terlalu letih . Tiba-tiba ada tangan yang menghulurkan tisu untuknya . Iman memandang pemilik tangan yang menghulurkan . " Nabil ! " Iman yang tadi terduduk bingkas bangun apabila tubuh Nabil berdiri dihadapannya . Dengan wajah yang agak teruja Iman memandang Nabil . Dia memandang dari atas sampai bawah . " Hurm , berbeza " bisik Iman didalam hati . " Kenapa ? Haha . Tak percayakan ? " . Iman mengerutkan dahinya tidak memahami . Lalu dihulurnya sekeping gambar lama kepada Iman . Iman mengambilnya . Alangkah terkejutnya dia apabila lelaki di dalam gambar itu adalah Flawless . Flawless , lelaki idaman Iman suatu ketika dahulu . Tapi kenapa Nabil memberikan gambar ini kepadanya ? Dengan wajah yang tertanya-tanya , Iman bersuara . " Flawless .. " . Nabil mengukir senyuman kepada Iman . Nabil duduk ditembok itu menghadap padang . Iman segera duduk disebelah Nabil mengharap agar Nabil memulakan cerita .

.........................................................................................................................................

" Eh , Korang jom bergambar sama-sama ! " Suasana itu diceriakan dengan suara-suara bekas pelajar SMK Jaya Bestari . Pada hari itu , mereka mengadakan reunion bagi mengumpul kembali bekas-bekas pelajar bersama-sama . Cikgu-cikgu juga turut hadir bagi memeriahkan majlis . Kecoh dibuatnya dengan pekikkan-pekikkan dan gelak tawa mereka . Maklum lah sudah bertahun tidak jumpa . Mesti ada saja cerita yang mereka ingin kongsi . Ada yang sudah berkeluarga , ada yang sudah berjaya menjadi seorang usahawan dan ada yang memiliki syarikat sendiri . Semua mempunyai kerjaya yang bagus . Tidak lupa juga kepada Iman . Kini  dia telah berjaya menjadi seorang Pensyarah di Kolej Swasta . Firzana dan Zara memiliki butik pakaian mereka sendiri di Kuala Lumpur . Nadira pula dinaikkan pangkat sebagai seorang CEO di syarikat Menara Holding kepunyaan Kaisara . Iman tersenyum melihat gelagat rakan-rakannya . Memang tidak ubah perangai mereka seperti zaman remaja dahulu . Pandangan Iman dipalingkan kearah Nabil yang berdiri disuatu sudut . Iman sekali lagi tersenyum . Dia tidak sangka rupa-rupanya Nabil adalah jejaka ' Flawless ' yang juga dikenali sebagai Zack . 
( " Ya . Akulah Zack . Mungkin kau tak percaya bila lihat keadaan aku sekarang . Muka aku berbeza kan dengan foto dalam gambar tu ? Selepas aku dibuang sekolah sebab dituduh menyimpan dadah dalam beg sekolah , aku kemalangan . Jujur aku cakap , aku tak simpan benda bodoh tu . Aku tak tahu siapa yang tuduh aku sampai macam tu sekali . Ada yang cakap Seri yang letak benda tu kat dalam beg aku sebab dia marahkan aku . Tapi aku tak ada bukti . Seminggu lepas aku kena buang sekolah , mama dan papa Seri pindahkan dia sekolah kat kampung . Duduk dengan datuk dan nenek dia . Aku tak menghilangkan diri Iman . Tapi aku kemalangan . Muka aku hancur dan disebabkan itu , aku menjalani pembedahan plastik pada muka aku . Haha . Aku dah tak sehensem dulu Iman . Muka aku banyak parut . Dah tak layak dengan gelaran ' Flawless ' kau tu kat aku . " )
Iman mengukir senyuman kearah Nabil sebaik sahaja dia menoleh ke arah Iman . Nabil pula berjaya dengan kerjayanya sebagai seorang Usahawan . Syarikatnya menjadi rakan kongsi kepada Menara Holding iaitu syarikat milik Kaisara . Iman memandang tangan kanannya yang digenggam seketul batu didalamnya . Iman tersenyum manis . "  Kau tetap sempurna dimata aku Nabil . You're my Sweet Flawless .. " bisik Iman didalam hati .

*****************************************************TAMAT*****************************************************

No comments:

Post a Comment