~ cerpen ~
Sara menaip dan terkadang dia menekan butang 'backspace' di papan kekunci . Dia mengeluh . Sudah beberapa bulan dia tidak menulis cerpen . Dia gusar , kerana sejak kebelakangan ini dia sukar untuk mendapat idea membuatkan dia rasa mengalah . Membiarkan saja cerpennya terkubur . Berhabuk . Tanpa sambungan . 'Bukannya aku tak reti menulis . Sebelum ni pun , aku menulis je . Tanpa bantuan sesiapa pun aku mampu mencipta karya aku sendiri . Tapi ... kenapa sekarang tak . Aku ...dah tak boleh menulis!' keluh Sara . Dia mencapai telefon bimbitnya sebaik sahaja deringan itu memecah suasana tenang Sara . Sara memang suka bersendiri . Dia lebih suka begitu kerana pada masa itulah dia akan bermuhasabah diri , bermonolog dan ... memikirkan tentang cerpennya . Dia tersenyum melihat nama yang tertera pada skrin iPhone 5 miliknya .
" Hello ?! Ha apa dia? "
" Haha , saja kacau kau . Kau tengah buat cerpen lagi ke ? "
" Ermm ,, takdelah . Aku pun takde idea lagi . Kau datang lah rumah aku . Boleh chit-chat chit-chat . Hihi "
" Haa haa ye la . Aku pun tengah on the way nak gi rumah kau lah ni . Kau buat lah air oren ke apa . Aku haus ni . Haha . k lah bye . See you there! "
Sara menamatkan taliannya . Dia bingkas bangun dari katil empuknya lalu turun ke dapur untuk membancuh air oren seperti yang diminta Julia . Matanya melilau mencari gula . Lalu dicapai bekas warna biru yang disangkanya gula . Sara mengacau dengan perlahan . Takut-takut mengganggu ibunya yang sedang tidur disofa . 'Huh , mama tertidurlah tu waktu baca novel misteri "MALAM" .' Sara mengambil novel tersebut lalu diletakkan di atas meja . 'Entah apa yang best sangat dengan novel tu pun tak tahu lah .' Sejujurnya Sara memang tidak berminat untuk membaca novel-novel genre begitu . Terlampau misteri . Itu yang Sara langsung tidak berminat .
Dia memandang jarum jam di dinding . Tepat pukul 3.30 petang . Julia belum sampai lagi . Dia melabuhkan punggungnya duduk di kerusi meja makan . Dia mengacau-ngacau air oren yang dibuatnya tadi . Sara bukannya ingin benar-benar mengacau . Dia saja ingin menggoyangkan sudu itu supaya terkena pada mulut gelas . Dia berasa senang melakukannya . Sara tersenyum sendiri . Halimah yang mendengar bunyi getaran gelas itu terjaga dari tidurnya . Halimah menenyeh matanya berulang-ulang kali untuk membenarkan penglihatannya lebih jelas . Dia memandang Sara yang dari tadi mengacau air itu tak habis-habis .
" Shhhh! Sara , apa yang dikacau je air tu ? Bingit telinga mama dengar . Nanti jiran-jiran pun silap-silap boleh terjaga dengar kamu mengacau dari tadi . Minumnya tidak . " tegur Halimah .
" Eh ? Mama dah bangun ? Hihi , ni bukan air untuk Sar la mama . Ni untuk Julia . " sengih Sara .
" Haa , tu Julia dah sampai . " Sara bingkas bangun lalu dibuka pintu pagar untuk Julia . Julia yang hanya tercegat dari luar . Tersenyum memandang Halimah .
" Assalamualaikum makcik , makcik sihat ? " sapa Julia .
" Waalaikummussalam Julia . Khabar baik . Haa Sara , pi bawak Julia naik atas . Bawa air kamu tu sekali naik atas . Mama nak mandi jap . Sat lagi kawan mama nak datang . Nak jual kain telekung katanya . " Halimah bangun lalu dicapai tuala yang bersidai . Sara menarik tangan Julia menaiki tangga ke atas . Bergegar satu rumah dengan bunyi tapak kaki mereka .
" Haa mana air aku ? Aku haus ni . " Julia mengambil air oren yang tergenggam kemas ditangan kanan Sara . Tanpa bercakap banyak dia terus meneguk air itu dengan hausnya . " Puuuhhhhhhhhh!! Wekkk ! Air apa ni ?! Masinnya ! Kau nak bunuh aku ke apa minum air macam ni ? " tersembur keluar air daripada bibir mungil Julia . Dia mengelap mulutnya dengan pergelangan baju . " Eh ? Sedaplah . Sampai hati kau cakap macam tu . aku letak gula k ?! Apa pulak masin . Meh sini aku rasa . " dengan rasa tidak puas hati , Sara minum sedikit untuk meyakinkan Julia .
Sara terbatuk-batuk . Dia menekap tangannya di mulut . 'Erk ? Air apa yang aku buat ni ?' . Julia mencekak pinggang sambil mengangkat kening . " Haa apa cita ? Apalah , orang letak gula ni dia pergi letak garam . Sara yang sedar akan kesilapannya hanya tersengih sambil membuat isyarat maaf pada Julia . Julia hanya menjelingnya tajam .
" So , apa cita pasal mamat tu ? " Julia berdiri dihadapan cermin besar milik Sara
" Ha ? Erm .. macam tu je lah kot . " Sara mendapatkan posisinya disebelah Julia .
" Macam mana apa ? Kau dah bagitahu isi hati sebenar kau kat dia ? "
" Rasanya .. Tak perlu kot . Dia ... banyak buat baik dengan aku . Dia ... dah lama tunggu aku . Aku takut .. aku tersilap langkah . "
" Tersilap langkah apa ?! Huh ! Kau cuma simpati je dengan dia . Tak lebih daripada tu kan ?! " gertak Julia spontan . Kata-kata Julia telah membisukan Sara seketika . Sara menundukkan pandangannya . Tidak sanggup memandang wajah Julia yang seperti singa buas itu .
" Sara , kau cuma kesian kat dia . Simpati kat dia . Itu perasaan kau yang sebenarnya . Kau rasa bersalah kan ? Sebab dia dah banyak buat baik dengan kau . Bagi kau , dia terlampau baik sampaikan kau sanggup tipu dia ! "
" Tipu ? Aku tak sanggup tipu dia Julia . Kau salah ! "
" Ya ! Kau tipu ! Kau bohong dengan diri kau sendiri . Kau tipu dia Sara ! Setiap butir perkataan kau pada dia . Semua tipu . Kau akan cakap 'suka' bila kau nampak wajah dia gembira . Tapi , diri kau sendiri tak setuju untuk jawapan tu . Setiap perkataan cinta yang lahir dari mulut dia , kau hanya membalas dengan senyuman . Kau tak pernah sekali pun menyebut keluar pada dia kan ? Sebab apa ? Kau nak tahu sebab apa Sara ? Sebab kau tak ada hati dengan dia . Kau tak cintakan dia . Kau tak cintakan Borhan ! "
" Diiiaaaammmmm ! " Sara menekup kedua-dua telinganya sambil memejamkan mata . Dia tidak sanggup lagi membenarkan kata-kata Julia menembusi telinganya .
" Apa salah ke aku cakap ? Ha Sara ? Hahaha .. Kau memang tak cintakan dia ! Kau penipu ! Kau penipu Sara ! PENIPU !
Sara membuka matanya memandang wajah bengis Julia dihadapan cermin . Lalu dia menjerit dengan nyaringnya . Cermin dihadapannya mula retak . Sudah tidak dapat menjelaskan wajah Julia dihadapannya . Dia menjerit lagi sehingga retakkan cermin itu pecah hanya menjadi serpihan . Bertaburan di lantai .
Sara menoleh kanan dan kiri . Melihat mana tahu Julia masih ada di situ atau tidak . Dia mula keliru . Dia menundukkan badannya ke bawah untuk mengutip serpihan-serpihan kaca yang bertaburan . Tiba-tiba satu lembaga muncul dihadapannya . Merapatkan wajahnya ke wajah Sara . Sehingga hidung bertemu hidung . Sara terkejut . " Penipu . " dibisik halus pada Sara .
" JULIA ! "
Sara terjaga . Dia mengusap mukanya berkali-kali sambil beristighfar . Dia menarik nafasnya dalam-dalam . Dia tidak sangka dia boleh bermimpi sedemikian rupa . Sungguh mengejutkan . Dia bermimpi arwah ibunya dan ... arwah anaknya , Julia . Tetapi , bezanya . Julia kelihatan serupa dengannya didalam mimpi buruknya . Mata , hidung , mulut . Semua serupa! ' Kalaulah Julia masih hidup ' Sara terkenang akan anaknya yang meninggal waktu umurnya 1 tahun akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan arwah ibunya . Sara tersenyum . Dia teringat akan mimpinya . Dalam mimpi itu , Julia menjadi rakannya . Tetapi , bagaimana Julia boleh tahu semua itu ? Bagaimana Julia boleh tahu tentang semua rahsia yang lama tersemat dalam hatiku? Atau ... sebenarnya , itu adalah diri Sara . Cuma namanya sahaja sama dengan Julia . Sara musykil .
Dia menoleh memandang Borhan disebelah . Wajah Borhan kelihatan tenang . Dia mengucup dahi Borhan sambil mengusapnya lembut . ' Kalau dulu .. aku bisa menipumu . Tapi , sekarang kebohonganku dulu telah menjadi benar . Perasaan aku terhadapmu juga benar . Itu semua hanya rahsia dulu . Yang menukar kebohongan kepada satu kebenaran . ' Sara memeluk suaminya lalu tertidur .
******************************************************TAMAT*****************************************************

No comments:
Post a Comment