....Telur Masak Sambal Ibu .....
Dia . Bertubuh kurus . Tidak pula sasa . Rambutnya hitam keperang-perangan , perangnya semula jadi kerana sinaran matahari yang memancar setiap hari . Dia budak yang baik . Jika melihat daripada sikapnya . Pasti ramai yang tidak bersetuju denganku . Tapi , jika melihat matanya .. masih tersisa kelembutan dalam hatinya . Tingkahnya berubah selepas arwah ibunya bertemu dengan Yang Maha Pencipta . Sikapnya dingin kepada sesiapa sahaja didepan matanya . Melemparkan kata-kata kesat kepada sesiapa sahaja yang dianggap musuh baginya . Sikap "dinginnya" itu sering buatku tertanya-tanya .
Pada hari itu persoalanku terjawab . Perkongsian cerita daripada Bob rakan kelas kami menjawab semuanya .
Pagi .
Seperti biasa sebelum subuh lagi aku dah start motor aku keluar dari rumah . Lepak dengan member . Lagi seronok . Bosanlah duduk rumah . Belajar belajar belajar ! sooo not me . Keluar lagi baik !
Tapi hari tu , ibu suruh aku duduk rumah . Aku melawan cakap ibu . Bagi aku , ibu ni tak faham naluri seorang remaja lelaki macam aku . Mana suka duduk rumah . Sebab tu sebelum subuh lagi aku dah cabut ! Sebab takut kantoi dengan ibu time bangun solat subuh nanti . Fuhh ! Tapi aku dah selamat keluar tanpa pengetahuan ibu . Yeayy ! (aku rasa keseronokkan yang sementara)
Tengah hari .
Tengah hari tu aku balik rumah . Aku lapar . Lapar gilaa .. Aku harap ibu masak makanan favourite aku , ayam masak kicap . Tapi , hari tu . Ibu masak telur masak sambal . Eeeei ! Aku tak suka ! Aku marah gila kat ibu . Apabila hati menguasai akal .. tanpa aku sedar aku telah tinggikan suara pada ibu . Aku keluar rumah . Tiada sebarang raut wajah bersalah pada ibu . Tidak menjamah sedikit pun air tangan ibu . Aku keluar meninggalkan ibu yang terdiam mendengar kata-kata kesatku pada dia .
Malam .
Aku ke rumah kawan , kerana terlalu marah pada ibu aku tidak balik ke rumah . Telefon aku berdering tidak henti . Tulisan pada skrin phone yang menunjukkan nama ibu tidak ku angkat . Aku memang betul-betul marah pada ibu . Telefon bimbit aku menyanyi sehingga aku tertidur di sofa .
Esok .
Keesokkan hari nya aku terjaga . Tepat jam pukul 8.00 pagi . Aku terlepas sembahyang Subuh lagi . Aku bingkas bangun mencuci muka ku di bilik air . Telefon ku berdering lagi . Aku lihat nama yang tertera . Bukan ibu . Tapi kakakku . Aku jawab dengan penuh terpaksa . Ditalian , aku dengar suara kakakku teresak-esak . Sebelum sempat memulakan perbualan . Panggilan terputus . Bateri phone aku habis . Aku rasa tidak sedap hati . Aku keluar dari rumah dan terus pecut laju ke rumah ibu .
Kehilangan .
Aku terkejut . Semuanya berlaku dengan begitu cepat sekali . Aku tahu yang ibu sering makan ubat . Tapi aku tidak pernah tanya sebab pengambilan ubat itu . "Ibu dah takde" . Kakak ku terus memelukku sambil mutiaranya menitis . Ringkas . Tapi mendalam maksudnya . Kelopakku terasa berat . Ingin saja ku gugurkan mutiara itu . Ego di hati memaksa aku menahan semuanya .
.
.
.
Aku terduduk lemah di kubur ibu . Mutiara yang ku tahan akhirnya gugur . Jatuh ke bumi . Penyesalan ini ku anggap tiada erti . Ibu sudah tiada . Aku bodoh! Aku pentingkan diri ! Aku benci ! Ini semua salah aku !
" So .. sebab ni lah dia jadi macam ni . Aku rasa , dia masih tak dapat maafkan diri dia sendiri atas apa yang dia pernah buat pada ibu dia . Maybe , sebab tu juga lah dia suka marah-marah . Sebab dia rasa yang orang lain bencikan dia . Sebenarnya tak pun ... "
Kesimpulan yang dibuat oleh Bob menamatkan semuanya . Aku menoleh memandang tubuh kurus di hujung sana . Kisah dia memberi kami pengajaran tentang betapa bersyukurnya kita mempunyai ibu dan ayah . Menghargai mereka selagi ada . Pagi itu , memberi suasana kesedaran pada kami . Kata-kata yang keluar hanyalah butir untuk memuhasabahkan diri . Aku cuma mampu berdoa untuk dia dan semua . Semoga Cinta sebuah keluarga dapat dirasai oleh semua ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan menitipkan komen. Cubalah hasilkan cerpen kemudian hantar ke media penerbitan sama ada majalah ataupun surat khabar. Pastikan cerpen yang dihantar itu sesuai dengan media tersebut.
ReplyDeleteBoleh juga dapatkan buku saya, Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa sebagai rujukan dan panduan menulis cerpen. Cerpen-cerpen di dalamnya merupakan cerpen pada awal pembabitan saya dalam dunia penulisan. Manalah tahu dapat mencetuskan ilham dan semangat untuk terus menulis. Yang pasti, seorang penulis harus banyak membaca. Jika berminat boleh pesan dengan saya. Stoknya masih ada. Terima kasih.