4.11 / 13.08.2014

Petang yang hening . Ku belek-belek buku novel yang membawa kisah tauladan kepada semua . Masih tak dapat ku habiskan ceritanya . Pembacaanku terhenti pada kisah ke-25 . Aku teringat sesuatu yang berlaku pagi tadi . "Karangan untuk Allah" yang teman kongsikan bersama tadi . Dia beri aku sehelai kertas yang tulisannya hanya dihias dengan pen dakwat biru dan hitam . Inginku kongsikan kepada semua . Bukan ayat dia sepenuhnya . Cuma penulisan yang berdasarkan pengetahuannya melalui membaca .
.
.
.
Bismillahirrahmanirrahim ..
Wahai sahabatku ,
Cinta ,
Satu kata-kata yang indah
Satu perkara yang bermakna
Satu perkataan yang melambangkan segalanya .


Cinta . Ia datang dari Allah . Allah jualah pemilik segala jenis cinta . Cinta seorang ibu kepada anak . Cinta seorang isteri kepada sang suami , cinta seorang guru kepada muridnya , unta mujahid kepada jihadnya , cinta seorang pendakwah kepada agamanya , bahkan cinta seekor kucing kepada anaknya .

Pertemuan adalah permulaan bagi cinta .

Cinta datang tidak melalui akal , tetapi ia terus ke hati . Tetapi , ada satu perkara yang kita boleh lakukan pada cinta, iaitu mengawal dan mendidiknya dengan akal dan iman yang tersisa . Cinta itu sifatnya optimistik , dinamik dan juga harapan .

Manusia itu makhluk yang berfikir . Kita mampu berfikir tetapi , tidak ramai antara kita yang tahu , manusia itu perlukan bantuan untuk berfikir . Dan langitlah alat bantu untuk kita berfikir .

Langit .. itu adalah harapan , dan langit mengisi hati lara dengan harapan . Tuhan mencipta langit supaya manusia tidak mampu mengukur luasnya , kerana Tuhan mahu manusia tahu yang harapan itu juga adalah sesuatu yang tidak terbatas .

Dalam hal akhirat , kita janganlah melihat orang yang lebih bawah daripada kita , tetapi lihat pada orang yang lebih tinggi . Manakala , dalam hal dunia , kita janganlah melihat orang di atas kita , tapi lihat orang dibawah kita dan itu adalah cara bersyukur .

Kita beroleh Islam bukan kerana ibu bapa . Kita tidak beroleh kecelakaan bukan kerana usaha kita mengelakkannya . Sekiranya kita masuk syurga , bukan juga kerana ibadah kita .
Tetapi ...
Semuanya kerana rahmat Allah S.W.T

Perkara yang sulit dalam hidup adalah cuba mengerti sebab ujian Tuhan didatangkan kepada kita .

Alhamdulillah ..

(:



No comments:

Post a Comment