Titisan Hujan


~ cerpen ~



Pada tanggal 16 Jun 1997 .
Lahirnya aku dimuka bumi . Tangisanku memecah keheningan pagi .
Aku tidak tahu . Hadirnya aku dalam hidup mereka seperti tidak diundang .
Suara comelku tidak menggembirakan . Malah , aku diabaikan .

Ibu , Ayah .
Kenapa aku dipersalahkan ?
Hadirnya aku adalah tanda kasih sayang kamu berdua .
Tidakkah kamu bermimpi untuk bahagia hidup bersama anakmu ini ?

Ayah meninggalkan kami ketika aku berumur 1 tahun .
Mereka berpisah sebaik sahaja ibu selamat melahirkan .
Kelahiranku merupakan satu punca bagi ibu .
Punca dia dan suami tercintanya berpisah . Malah aku dituduh bukan anak kandung ayah .
Ayah ? Sedarkah apa yang kau telah katakan ?
Ayah tidak lagi menciumku . Kali yang terakhir , dia menciumku ketika dia mengazankanku .
Itulah yang terakhir . Sungguh aku rindu .

Mahkamah telah memutuskan bahawa hak penjagaanku telah dipertanggungjawabkan kepada ibu .
Jujur , ibu tidak menyukainya . Sebulan sahaja aku dibawah tanggungjawabnya .
Ibu segera menyerahkanku kepada rumah anak-anak yatim .
Ibu . Sungguh kau membenciku . Sehinggakan kau tidak mahu menjagaku sebagai anakmu sendiri .
Kau meninggalkan aku tanpa rasa bersalah . Tanpa rasa kasih kau kepadaku .
Cukup sukar bagiku untuk menempuhinya dengan umurku yang semuda ini .
Tidak tahu apa-apa . Baru mengenali apa erti kehidupan .
Tetapi aku telah ditinggalkan oleh kedua ibubapaku sendiri . Enam tahun aku dibesarkan disana .
Tanpa kasih sayang mereka . Tanpa bimbingan mereka disisi . 
Hanya kawan-kawan , guru-guru sebagai teman untuk aku menyeberangi titian perjalanan  hidupku ini .

Aku menunggu . Walau ketika itu umurku baru 7 tahun . Tetapi , aku sudah mengenali apa erti rindu .
Apa itu penantian . Ya . Penantian satu penyeksaan .
Sakitnya seksaan itu lebih daripada sakit kepala terhantuk dibatu , sakit jatuh dari pokok .
Ianya begitu sukar dibayangkan . Kerana ia melibatkan hati dan perasaan .
Tiada siapa akan faham . Naluri hati seorang anak kecil sepertiku .
Mereka hanya beranggapan yang aku seperti kanak-kanak lain . Waktu ketika itu hanya mengenali Ultraman , Superman dan Batman .
Tapi , aku tidak . Aku sudah faham apa itu ibu , apa itu ayah .
Mereka tidak patut merahsiakannya daripadaku . Sewajarnya aku patut tahu .
Supaya aku dapat memahami dari muda lagi mengapa mereka meninggalkanku .

Setahun sudah . Aku masih disini . Tiada perubahan .
Aku semakin membesar dan membesar . Adakah aku akan tetap disini ? Meningkat besar tanpa kasih sayang mereka ? Hanya persoalan yang boleh dikatakan . Tapi , tiada yang sudi untuk menjawabnya .
Suatu hari , aku dipanggil ke pejabat . Aku melihat ada sepasang suami isteri sedang menungguku . Aku tertanya-tanya . Adakah mereka ibubapa ku ? Kerana aku ditinggalkan oleh mereka ketika aku masih terlalu muda . Jadi , ingatanku untuk mengenali wajah mereka sungguh sukar bagiku .
Aku tidak langsung mengenalinya . Gambar pun tiada untuk membantu . Tetapi , aku tetap musykil tentang pasangan itu .
Rupa-rupanya , mereka adalah orang yang sudi ambilku sebagai anak angkat . Aku sangat gembira . Walau aku tidak berjumpa dengan keluarga kandungku . Tapi , sekurang-kurangnya dengan adanya mereka sebagai keluarga angkat , aku dapat merasakan kasih sayang daripada seorang ibu dan seorang ayah yang selama ini tidak pernah ku rasa .

Lapan tahun sudahpun berlalu .
Aku bahagia bersama mereka . Sungguh mereka melayanku seperti darah daging mereka sendiri .
Tidak ada istilah anak ' angkat ' bagi mereka . Aku disenangi oleh semua ahli keluarga baruku ini .
Kini , aku tahu apa makna kasih sayang yang sebenar .
Cukup membahagiakan . Cukup menenangkan .
Tiba-tiba , aku diberitahu oleh ibu angkatku bahawa keluarga kandungku ingin berjumpa denganku .
Sungguh aku tidak percaya . Mengapa mereka datang berjumpa denganku ? Apa mahu mereka ?
Jujur , aku sudah tidak ingat dan tidak mahu ingat lagi tentang masa laluku bersama mereka .
Tetapi , kenapa mereka datang untuk mengingatkan kembali ? Aku sudah cukup bahagia tanpa mereka .
Aku berjumpa mereka dengan perasaan dendam lama . Luka seksaan yang lama masih belum pulih .
Ianya masih memberi kesan parut dalam hati ini . Tetapi , aku masih berfikir . Begitu banyak persoalaan yang bermain dimindaku . Bagaimana mereka dapat mencari aku ? Sedangkan kali terakhir aku berjumpa mereka setelah mereka bercerai dan ibu menghantarku di rumah anak yatim . Selepas itu , kami sudah tidak lagi berjumpa .

Ibu angkatku menceritakan perkara yang sebenar . Sejujurnya , ibu angkatku merupakan kawan karib kepada ibu kandungku . Lama aku dirumah anak yatim itu , ibu kandungku meminta tolong kepada rakannya itu untuk menjagaku . Supaya dia tidak kehilangan jejakku . Tidak membuang masa , aku terus mendakap ibu kandungku tanpa rasa segan . Air mata dikelopak terus mengalir dipipi . Aku amat merindui dakapan ini .
Tangisanku terhenti sebaik sahaja aku melihat seorang jejaka yang duduk di sofa sambil mendukung seorang anak kecil .
Aku meleraikan dakapanku daripada ibu . Aku memandang dia hairan . Terus aku bertanya kepada ibu . Siapakah gerangannya jejaka itu ?

Kini aku tahu . Selepas ayah dan ibu berpisah . Tidak lama selepas itu ibu telah mendirikan rumah tangga bersama suami barunya . Begitu juga ayah . Tetapi jodoh mereka tidak panjang . Ibu dan ayah bercerai untuk kali keduanya .
Takdir Allah telah  menyatukan mereka kembali . Aku amat bersyukur . Bertahun lamanya aku menunggu saat ini . Akhirnya , kami bertemu kembali .
Hujan kesedihanku yang selama ini turun membasahi bumi . Ku sangkakan tiada penghujung . Namun , matahari pula muncul . Lalu menyinari kehidupanku yang selama ini dihujani , dimendungi awan . Pelangi turut mewarnai setiap lukisan-lukisan hidupku . Baru aku memahami . Apakah maksud disebalik setiap titisan-titisan hujan pada diriku . Inilah hikmahnya , titisan hujan itu telah memberikan nikmat pelangi dalam hidupku .








Hari yang kami tunggu bakal tiba . Keesokkan harinya kami akan pergi ke Cameron Highlands untuk bercuti . Aku seolah-olah tidak sabar untuk itu . Kedengaran bunyi hon kereta Avanza milik Farah berbunyi . Kami hanya menaiki sebuah kereta sahaja . Kereta Farah memang cukup memuatkan ketujuh-tujuhnya . Walaupun kereta itu kepunyaan Farah tetapi Fakhrie yang memandu . Aku bergegas keluar dari rumah lalu masuk ke dalam kenderaan tersebut . Aku lihat kawan-kawanku sudah bersedia untuk pergi . Kami segera memulakan perjalanan kerana hari seperti mahu hujan . Cuaca pada hari itu tidak seperti selalu . Awan mendung sahaja . Aku seperti tidak sedap hati . Entah kenapa pula hari ini .

*******************************************************************************************************************


Setahun sudah pun berlalu , pemergian mereka dalam hidupku cukup memberi kesan bermakna pada diriku . Peristiwa itu telah membuatku sedar , apa itu kehilangan . Namun , aku tetap meneruskan kehidupan sendiri . Tanpa gelak tawa mereka disisi . Tiada apa yang boleh ku ubah . Aku tidak boleh mengundur masa untuk itu . Hakikatnya , aku tetap kehilangan mereka . Percutianku bersama mereka bertukar menjadi suatu tragedi . Hujan lebat menyebabkan tayar kenderaan kami licin . Fakhrie tidak dapat mengawal kenderaan yang dipandunya lalu terbabas jatuh dari bukit . Kaki kiri ku putus akibat tercampak dari kenderaan dan tertusuk dahan . Aku kehilangan kaki kiriku . Tetapi lebih memeritkan , aku kehilangan rakan-rakanku . Kenderaan yang dipandu oleh Fakhrie itu meletup . Meragut nyawa keenam-enam rakanku . Aku seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan . Aku menatap gambar terakhir aku bersama mereka . Kenangan yang ku harapkan sememangnya tercipta . Tetapi ini bukan yang ku pinta . Apa yang ku harapkan berlaku sebaliknya .
Kini , aku mula belajar menerima kenyataan . Aku menziarahi kubur arwah rakan-rakanku yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam , Kuala Lumpur . Air mataku tidak dapatku tahan daripada mengalir . Walau setahun sudah pemergian mereka tetapi aku masih rasa kesedihannya . Kenanganku bersama mereka memang tidak dapatku lupa . Gurauan Ajip , tidak lagi kedengaran . Muncung mulut Amira , tidak lagi kelihatan . Fakhrie si nakal , tidak lagi muncul kenakalannya . Farah dengan buku katalognya , tidak lagi tersenyum ceria . Safiyya , Wawa . Tidak lagi kelihatan wajah comel mereka . Aku hanya boleh mengimbau kenangan-kenanganku bersama mereka . Tetapi , bukan masa lalu ku bersama mereka . 7 Warna pelangi yang selama ini mewarnai hidupku . Aku telah kehilangan enam warnanya . Hanya tinggal satu warna sahaja yang masih berwarna . Iaitu aku . Tinggal aku sendiri . 

" Imtiyaz , Imtiyaz . Bangun kita dah sampai ini . Bangun Imtiyaz " terdengar satu suara diperkarangan telingaku . Aku cuba mencelikkan mataku perlahan-lahan . Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Farah berada dihadapanku . Aku toleh kekanan pula , aku melihat Amira , Fakhrie dan Safiyya berdiri di luar . Aku seolah-olah tidak percaya . Aku toleh kekiri , melihat Ajip dan Wawa yang mengeluarkan barang-barang di but belakang . Aku menggosok-gosok mataku untuk menjelaskan lagi penglihatanku . Aku menampar diriku sendiri . Farah semakin hairan melihat gelagatku . Dia memanggil semua rakan-rakan melihat telatahku . Aku menampar pipiku sebanyak 5 kali sambil memejamkan mata . Tiba-tiba tangan lain pula sambung untuk yang keenam pula . Aku membuka mataku kerana terkejut . Aku lihat Ajip dengan selambanya menampar aku . " Hoi ! Kau dah kenapa ? Peliklah kau ini . Sudah-sudah . Cukup-cukuplah itu tampar diri sendiri . Kita dah sampai ini . " kejut Ajip padaku . Aku yang seperti terkejut akhirnya menyedari bahawa itu semua mimpi . Aku sangat bersyukur lalu memeluk Farah yang berada dihadapanku . Farah seperti hairan dengan tindakkanku itu . Tetapi Farah tetap membalas pelukkan ku terhadapnya .

Walau itu hanya sekadar mainan tidur . Namun ia turut memberi kesan terhadapku . Aku seperti menggigil bila teringat kembali mimpi ngeriku . Gelak ketawa rakan-rakanku menyedarkanku kembali ke dunia realiti . Tidak lagi dibayangi mimpi . Percutian kami selama 3 hari 2 malam itu berjalan dengan lancar . Sesungguhnya ajal kami masih belum sampai lagi . Kami pulang ke Kuala Lumpur dengan selamat . Membawa kenangan yang dicoret bersama . Dalam perjalanan ke rumah , aku tersenyum riang . Aku memandang setiap wajah rakan-rakanku . Sungguh menyenangkan hatiku . Begitu lega hatiku . Fuhh .. kata hati kecil Imtiyaz 

********************************************************************************************************************

Aku mempersiapkan diri untuk ke majlis perkahwinan Ajip dan Amira . Tidakku sangka gurauan Ajip terhadap Amira dapat mencuri hati dia . Sudah 3 tahun mereka bercinta dalam diam . Tanpa memberitahu kami . Tiba-tiba , kad perkahwinan mereka sahaja yang menjemput . Kami seperti terkejut . Ajip Raja Lawak bagi kami itu dapat memikat hati Amira yang lembut itu . Sungguh lucu . Imtiyaz ketawa kecil . Tetapi , itu yang dinamakan jodoh . 
Bunyi kompang sudah mulai kedengaran . Kedua mempelai diiringi oleh pengapit ke atas pelamin . Ouh ! Secocok benar mereka . Bagai pinang di belah dua . Aku sungguh gembira melihat mereka yang duduk di atas pelamin itu mengukir senyuman ceria . Aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama mereka . Untuk mengukir kenangan lagi . Tetapi ianya kenangan yang dicoretkan pada gambar pula . Aku sungguh gembira . Kerana kisah persahabatan kami Happy Ending . Walaubagaimanapun , kami tetap teruskan bersahabat . Masing-masing telah mempunyai kerjaya sendiri dan mempunyai kehidupan sendiri . Sungguhpun , kami tidak serapat dulu kerana sibuk kerja . Tetapi , tidak akan pudar warna pelangi itu dalam hidupku . Tujuh warna pelangi itu lengkap berwarna , terlukis dicoretan kenangan .

******************************************************TAMAT******************************************************
Aku menelaah buku  itu untuk mendapat info-info lain bagi menyiapkan assignment aku yang perlu dihantar pada minggu hadapan lagi . Aku lebih gemar memilih untuk belajar atau menyiapkan assignment aku diperpustakaan berbanding dirumah kerana disini suasananya lebih aman . Semua yang berada disini mempunyai tujuan yang sama . Jadi tiada siapa yang mengganggu ketenteraman orang lain . Masing-masing hanya fokus dengan tugasan masing-masing . Berbeza bilaku dirumah , muzik lagu pop rock abangku yang terlalu kuat itu hanya membingitkan telinga . Bagi dia , volume muziknya itu sudah cukup perlahan . Sepatutnya boleh dikuatkan lagi . Tetapi berbeza pula pandangan kami . Bagi kami , muziknya itu sudah cukup memecahkan keheningan rumah besar itu . Memang mengusutkan kepalaku sahaja . 
Hari ini  aku tiada kuliah . Jadi , aku ingin menghabiskan masa disini sahaja . Sedangku tekun membaca , aku terdengar suara menyapa dari belakang . Aku menoleh . Ajip rupanya , aku ingatkan siapa tadi . Bisik hati kecilku . Tidak bercakap banyak Ajip segera duduk dikerusi kosong disebelahku . " Rajin study ? " tanya Ajip kepadaku tanda memulakan perbualan . " Rajin kau kata ? Inikan assignment yang Sir Roman bagi minggu lepas ? Terpaksa buatlah juga . Minggu depan perlu hantar " balasku pula sambil menggelengkan kepala . Ajip lupa agaknya tentang assignment itu . " Ya tak ya juga . Aku lupa pula . " jawab Ajip sambil melebarkan senyumannya . Aku hanya meneruskan sahaja tugasanku tanpa menghiraukan dia . Pelik juga aku dibuatnya . Setahu aku , Ajip tidak suka ke perpustakaan . Tetapi entah kenapa pula dia hari ini . Tiba-tiba sahaja . Terdengar lagi suara yang menyapa kami . Kini , lain pula suaranya . Garau sedikit . Aku melihat Fakhrie yang membawa laptop kesayangannya yang dipenuhi sticker Thor itu  duduk disebelah kananku . Aku semakin hairan . Sejak bila Fakhrie ingin menyiapkan tugasannya di perpustakaan ? Selalunya dia lebih memilih untuk menyiapkannya di cafe . " Sejak bila kau dengan Ajip pandai datang ke perpustakaan ini ? Mimpi apa ni ? " tanyaku pelik pada Fakhrie . " Aku ? Aku datang sini sebab nak temankan kau lah . Kesian kau duduk seorang di sini . Sambil itu , aku nak siapkan juga tugasan Sir Roman " jawab Fakhrie selamba  . Aku memandang Ajip pula . Menunggu jawapan daripadanya . " Eh ? Salah ke kalau aku ke perpustakaan . Apa yang peliknya . Mana ada . Lagi pun , tak salahkan kalau aku nak temankan kau juga disini . Fakhrie saja yang menyibuk " balas Ajip yang sedikit teragak-agak dengan jawapannya sambil menjelirkan lidah kepada Fakhrie . Aku hanya berdiam . Malas hendak melayan kerenah kedua kawanku itu .

Jam didinding sudah menunjukkan tepat pukul 2 . Sungguh cepat masa berlalu . Aku terlalu fokus agaknya dengan tugasanku sehinggakan lupa untuk makan tengahari . Aku membuat keputusan untuk makan bersama mereka . Aku segera mengemas barang-barangku dan memulangkan semula buku yang aku ambil ke tempat asalnya . Aku , Ajip dan Fakhrie beredar dari situ dan menuju ke cafe pula . Dari jauh sudah kelihatan Farah dengan buku katalognya itu melambai-lambai tangannya kepada kami . Wawa juga turut berada disitu . Kami pun makan tengahari bersama di cafe .
Sedang kami selera menjamu selera , Safiyya dan Amira turut sertai kami . Mereka baru sahaja pulang dari kedai buku kerana Safiyya ingin membeli bahan bacaan peribadinya . Erti kata lain , novel kegemarannya . Setiap bulan Safiyya akan pergi ke kedai buku untuk membeli novel kegemarannya . Dia amat minat membaca novel . Tetapi Amira tidak . Dia hanya menemankan Safiyya membelinya sahaja .

Sudah hampir satu jam kami di cafe , kami hanya berbual-bual kosong . Gelak tawa kami seiring dengan lawak-lawak Ajip . Ajip dari tadi asyik menyakat Amira . Itu yang membuat kami tidak kering gusi . Reaksi wajah Amira apabila disakat cukup menggelikan hati kami . Muncung mulutnya itu memang boleh dijadikan penyangkut baju . Panjang benar muncungnya . Aku tidak dapat menutup mulutku kerana asyik ketawa  sahaja . Inilah persahabatan kami . Gurau senda itulah yang merapatkan lagi perhubungan kami . Amira pula tidak kisah . Tidak kisah selalu disakat oleh Ajip . Fakhrie juga boleh tahan kebolehannya menyakat Amira . Itu yang membuatkan persahabatan kami terjalin hingga sekarang .
" Sudah-sudahlah tu menyakat Amira . Cuti semester dah dekat . Kita mahu bercuti ke mana ? " kata Safiyya bagi menghentikan gurauan itu tadi . Suara tawa kami terhenti sebaik sahaja soalan itu diajukan oleh Safiyya . Suasana riang itu terhenti buat seketika . Semua seperti terdiam . Bukan terdiam kenapa , tetapi semua seperti berfikir mengenai jawapan soalan itu tadi . " Betul juga apa yang Fiyya katakan tadi . Kita nak bercuti ke mana ? " kata Wawa menanyakan soalan yang sama . " Tahun lepas , kita dah pergi ke Pulau Pangkor . Apa kata tahun ini kita pergi ke tempat lain pula . Tempat yang lebih menyeronokkan . " ujar Farah pula . Aku terdiam . Masih tiada sebarang cadangan dimindaku . " Cameron Highlands ? Okay jugakan ? " tiba-tiba sahaja idea itu keluar dari minda dan terus ke mulutku untuk menyatakannya . Mereka yang tadi seperti berfikir terus memandang tepat ke arahku . Aku memandang mereka hairan . Apa aku tersilap cakapkah ? fikirku sendiri . " Cameron Highlands guys ! Okay apa tempat tu . Sejuk lagi kan ? Kalau aku , aku setuju . Idea kau memang terbaiklah Imtiyaz . " kata Fakhrie kepadaku sambil menunjukkan ibu jarinya kepadaku . Ajip yang dari tadi kelihatan serius terus berubah wajahnya . Dia juga setuju dengan cadanganku itu . Begitu juga Safiyya , Amira , Farah dan Wawa . Mereka turut setuju . Kami membuat keputusan untuk bercuti ke Cameron Highlands pada bulan hadapan . Kami masing-masing seperti tidak sabar . Tidak sabar untuk bercuti bersama-sama . Begitu juga aku . Alangkah bahagianya aku jika dapat mencoretkan kenangan terindah bersama mereka .

********************************************************************************************************************
Aku hanya mampu tersenyum melihat pergaduhan manja antara Farah dan Amira . Hanya kerana sepasang kasut tumit tinggi berwarna biru air laut itu membuatkan mereka berebut untuk mendapatkannya . Aku masih tidak faham . Apa masalahnya ? Shopping Mall itu cukup besar . Pasti ada kasut tumit tinggi yang jauh lebih cantik daripada itu . Jadi , tidak perlu berebut . Hanya pergi cari yang lain sahaja . " Farah , bagi lah aku kasut tumit tinggi ni . Cantik lah . Lagipun , kasut ni sesuai dengan warna kulit aku . Please ! " rayu Amira kepada Farah . " Huh ! Mana boleh ! Aku jumpa dulu kasut ni . Aku suruh kau tengok kasut ni sebab aku nak tanya kau cantik ke tak kasut ni , bukan nak bagi kau beli " balas Farah seolah-olah menolak rayuan Amira itu tadi . Sudah 20 minit mereka bergaduh dikedai kasut itu . Penjual itu pun sudah pening kepala dibuatnya . Aku pergi ke arah mereka bagi meleraikan pertelingkahan itu . " Okay-okay ! Sudah-sudah lah tu . Amira , kau bagi saja okay kasut tumit tu pada Farah ? Lagipun , kasut tu memang Farah nak beli pun kan ? Jadi , apa kata kau beli ditempat lain pula . Tadi aku lihat dekat kedai sebelah ada jual kasut tumit yang jauh lebih cantik daripada ini . " pujukku pada Amira . Amira memandangkan tepat mataku . Dalam keadaan terpaksa Amira menyerahkan semula kasut tumit tinggi yang dipegangnya itu kepada Farah . Farah tersenyum puas . Tapi tidak sampai hati pula dia berbuat demikian . Dia turut memujuk Amira . " Tidak apalah Mira . Nanti aku bagilah kau pinjam kasut tumit aku ni . Dont worry k ? " pujuk Farah untuk membantu Imtiyaz memujuk Amira yang seolah-olah merajuk manja itu . Ajip hanya memandang dan menggelengkan kepala sahaja . Itu bukan untuk kali pertama mereka berebut di shopping mall tetapi sudah kebiasaan . Persamaan minat mereka memang mencetus pergaduhan sahaja . Mana tidaknya , jika Amira suka kasut tumit tinggi itu , Farah juga berminat . Jika , Farah suka beg tangan itu , Amira juga sukakannya .
Bagi Ajip , kedua-duanya hanya memeningkan kepala sahaja .

" Sudah lah . Jom lah pegi makan . Aku dah lapar ni . Layan kau dengan Amira buat perut aku berbunyi saja . Jom lah ! " kata Ajip sambil menjeling ke arah mereka berdua . " Aiyok tak taiyokk . Ajip dah marah . Aiyokk " usik Fakhrie pada Farah dan Amira sambil menggoyangkan jari telunjuknya . Ajip terus meninggalkan kami dibelakang . Aku segera mendapatkan Ajip dan memujuk hatinya . Aku tahu . Sudah berkali-kali dia sabar dengan perangai kawan-kawannya itu . Tapi , entah mengapa pula kali ini dia tidak boleh sabar seperti selalu . Mungkin kerana perutnya yang sudah lama berbunyi membuatkan dia tidak tahan menunggu . " Ajip , jangan lah macam ni . Okay-okay . Jom kita makan k ? Kita makan sama-sama . Kau nak makan dekat mana ? " tanya aku sambil cuba memujuk dirinya . " Hurm . Okay . Aku nak makan dekat The Chicken Rice Shop . Perut aku memang dah lapar ni . Kau belanja eh ? Hehehe "  sambil mengusap perutnya . Aku mengangguk tanda setuju . " Okay lah geng . Kita pergi makan k ? Perut kawan kita yang seorang ni dah berbunyi . Lari pula mood ceria dia nanti . " ajakku sambil menunjukkan jari kearah restoran tersebut . Mereka setuju dengan cadangan tersebut kerana masing-masing turut lapar . Aku hanya memandang sambil mengukirkan senyuman padanya . Hatiku ketawa kecil . Memikirkan macam-macam kerenah kawan-kawanku hari ini .

..............................................................................................................................................

Selesai sahaja aku dan rakan-rakanku lunch . Kami beredar dan membayar makanan yang kami telah jamu tadi . Seperti yang dijanjikan , aku membayarkan untuk Ajip sekali . Kami terus beredar selepas membuat pembayaran . " Okay , so kita nak pergi mana ? " tanya Safiyya . " Perut pun dah kenyang . Jadi , apa kata kalau kita tengok wayang ? " ujar Wawa memberi cadangan . " Okay juga . " jawab Fakhrie tanda setuju . Aku hanya mengikut sahaja . Tidak begitu kisah . Seperti biasa aku tidak banyak berkata dalam memberi sebarang cadangan apabila keluar bersama . Aku lebih memilih untuk mengikut sahaja cadangan mereka .

Seharian aku keluar bersama mereka . Meluangkan masa bersama . Jam tepat pukul 8 malam . Sudah tiba masa untukku pulang . Menghabiskan masaku untuk keluarga pula . Risau juga aku takut-takut mama dan papa tidak begitu senang aku seharian keluar bersama kawan-kawan . Maklumlah , aku ini perempuan . Sememangnya tidak begitu manis jika aku keluar pagi , balik malam . Tetapi , bukan selalu aku keluar . Sebelum ini , aku tidak pernah keluar kemana-mana kerana tidak mempunyai kawan . Sejak aku belajar di Universiti . Dari situlah aku mengenali kawan-kawanku . Mereka yang sering menemani aku . Mereka telah mengajar aku erti sahabat .
Kelihatan mama dan papa sedang beristirehat diruang tamu hadapan . Tonton berita agaknya . Aku memberi salam lalu mencium tangan mama dan papa . Aku terus masuk ke kamar tidurku . Aku merelakan badanku baring diatas tilam yang empuk itu . Aku tersenyum sendiri . Sungguh penatku hari ini . Meluangkan masa bersama mereka . Sungguh menggembirakan hatiku . Aku harap mereka akan sentiasa ada di dalam hari-hari ku . Mewarnakan setiap lukisan hidupku . Itulah harapanku .

.............................................................................................................................................
Aku hanya berdiam . Tidak terkata . Bukan nampak lemah , cuma aku malas hendak bergaduh . Aku hanya membiarkan sahaja aku diperlekeh-lekehkan oleh Sofea yang juga merupakan kawan sekolah lamaku . Aku tidak tahu kenapa sejak dari sekolah menengah Sofea tidak pernah sukakan aku . Dia terlalu membenciku . Dia sering mencemburui aku . Sehinggakan dia sanggup menuduh aku mencuri dompetnya disekolah menengah dulu . Aku tidak tahu kenapa . Apa aku ada buat salah dengannya ? Atau perwatakkan aku yang tidak menyenangkan dia ? Haihh , aku tidak tahu . Keluh hati Imtiyaz . Tetapi , aku tetap bersyukur kerana masih ada yang menyayangi diriku . Aku masih mempunyai kawan yang memahamiku , menyayangiku sepenuh hati mereka . Iaitu enam sekawanku itu . Mereka lah kawanku , sahabatku dan juga temanku . Mereka umpama pelangi yang mewarnai hidupku . Pelangi mempunyai tujuh warna kesemuanya . Mereka yang melengkapkan warna pelangi hidupku . Menghiasi ketujuh-tujuhnya . Senyum hati kecil Imtiyaz pula bila fikir berkenaan itu .
" Ish ! geram betul aku . Kenapa kau tak lawan balik apa yang dia cakap ? Aku rasa macam nak cili-cili saja mulut perempuan tu " tanya Fakhrie kepadaku . Aku memandang Fakhrie . " Kalau itu boleh membuatkan dia suka kepada aku , aku akan buat . Tapi , hakikatnya tidak kan ? Dia akan lebih membenci aku . " balas ku untuk jawapan Fakhrie itu tadi . Bagi aku , tidak guna aku membalas perbuatan Sofea terhadapku . Kalau aku ejek dia Shrek , bukan boleh buat aku kurus . Kalau aku ejek dia bodoh . bukan boleh buat aku pandai . Jadi hakikatnya , ia memang tidak merubah apa-apa pun . Jadi , lebih baik berdiam . Fikirku .
Dalam perjalanan ke perpustakaan , Fakhrie tidak lepaskan pandangannya dari memandangku . Aku memandangnya hairan . Takut jugaku dibuatnya . Aku segera memulakan perbualan untuk mengalih pandangannya daripadaku . " Fakhrie , cuba kau baca sinopsis buku yang aku pinjam kat perpustakaan seminggu lepas . Best ceritanya . " kataku untuk memulakan perbualan . Fakhrie mengambil buku itu daripadaku . Dia membelek-belek buku itu lalu membacanya . Tidak lama selepas , dia tertawa kecil . " Maaf jika aku tak sempurna . Hurm ? Not bad . Sweet juga novel ini . Sejak bila kau pandai baca novel ni ? " tanya Fakhrie sambil tertawa kecil . Aku mengambil semula buku itu daripada tangannya . Tidak membalas pertanyaannya itu . Aku hanya menjeling ke arahnya . " Alolo , merajuk ke sayang aku seorang ni ? Jangan merajuk k ? " pujuk Fakhrie sambil mencubit pipi comelku itu . Aku tersentak . Aku memandang Fakhrie yang berlalu pergi meninggalkan aku dengan tawanya itu . Aku memegang pipi comelku itu . Seolah-olah tidak percaya dengan perbuatan Fakhrie itu tadi . Sayang ? Hurm . Sungguh aku tidak percaya panggilan itu yang keluar dari bibir Fakhrie . Itulah kali pertama dia bercakap demikian . Fikir Imtiyaz . " Hey ! Sudah-sudah lah tu . Jangan lah merajuk lagi . Nanti aku belanja kau aiskrim k ? Jom ! Cepat sini . Tadi kata nak pinjam buku lagi kan kat perpustakaan ? Nanti perpustakaan tutup pula nanti . Jom lekas ! " jerit Fakhrie memanggil aku yang sudah ketinggalan jauh dari belakang . Aku segera berlari ke arahnya untuk mempercepatkan lagi pergerakkan . Kami meneruskan semula perjalanan kami ke sana .

............................................................................................................................................

Malam itu , kami sekeluarga makan malam diluar untuk menyambut kejayaan adikku yang berjaya memperoleh 5A dalam UPSR . Ayah membawa kami ke restoran bertaraf 5 bintang . Kami menjamu selera disana . " Hurm . Sedapnya . Baunya pun dah menyelerakan . " kata abangku sambil menjilat bibirnya kerana terliur melihat makanan yang terhidang . Begitu juga aku dan kakakku . Kami seperti terpukau dengan keenakkan makanannya . Perut juga telah berbunyi . Mohon untuk diisi . Tanpa membuang masa , papa memulakan bacaan doa dan kami mula makan . Adikku makan dengan penuh seleranya . Maklumlah , ini juga merupakan hadiah buatnya . Mama mengeluarkan bungkusan daripada handbag merah jambunya itu . Di dalam bungkusan itu berisi sebuah jam tangan . Adikku mengambilnya dengan gembira . Dia memeluk mama dan mengucapkan terima kasih kepadanya . Aku juga tidak ketinggalan untuk memberikan hadiah kepadanya . Aku menghadiahkan seutas rantai untuknya . Rantai itu dihiasi dengan kilauan permata yang sungguh memukau . Memang sesuai untuk adikku , Rania . 

Pada malam itu , seolah-olah malam istimewa buat dirinya . Ramai yang mengucapkan tahniah atas kejayaannya itu . Handphone mama tidak berhenti berbunyi kerana ramai yang ingin mengucapkan tahniah kepada puteri bongsunya itu . Rania tidak terhenti-henti tertawa dan mengukirkan senyuman comelnya . Dia sangat gembira mendapat hadiah dan ucapan tahniah daripada papa , mama , abang dan kakak-kakaknya . Usahanya itu untuk membanggakan keluarga tidak sia-sia . Sesungguhnya kami memang cukup bangga dengan kepintarannya . 

............................................................................................................................................

7 Warna Pelangi


~ cerpen ~


Imtiyaz . Nama yang cukup sinonim padaku . Itulah gelaran yang diberikan oleh family angkatku . Aku tidak tahu kenapa . Cukup jauh bezanya namaku yang sebenar dengan gelaran yang diberi . Tetapi tidak mengapa , ianya sudah biasa bagiku . Dulu aku dibesarkan dirumah anak-anak yatim . Aku dihantar ke rumah tersebut kerana aku telah diberitahu yang ibuku telah meninggal dunia ketika melahirkan aku . Ayahku pula entah mana dia menghilangkan diri . Aku dibesarkan dirumah anak-anak yatim itu sehinggaku berumur 13 tahun . Cukup sahaja umurku 13 tahun , aku diambil oleh mama dan papa untuk dijadikan anak angkat mereka . Kini , aku dibesarkan disitu . Aku bahagia kerana dibesarkan daripada keluarga yang cukup sempurna bagiku . Aku mempunyai abang , kakak dan adik yang menyayangiku . Mereka tidak melayanku seperti adik-beradik angkat . Malah , mereka tidak kisah dengan gelaran tersebut . 
Aku sudah meningkat dewasa . Umurku kini sudah mencecah 22 tahun . Aku sangat bahagia . Mempunyai keluarga yang begitu mengambil berat tentang diriku .

Tidak lupa juga kepada perkataan ini . Sahabat , teman , kawan . Ketiga-tiganya mempunyai maksud yang sama . Nama itu lah yang mewarnai , menceriakan tiap-tiap hariku . Ajip , Safiyya , Wawa , Farah , Fakhrie dan Amira . Aku mengenali mereka since aku belajar di Universiti lagi . Aku sangat akrab dengan mereka . Bagi aku , mereka lah sahabat aku . Sahabat sejati aku . 


" choii ! Ahaha , berangan le tuw " kejut Ajip dari lamunanku . Ajip . Raja Lawak bagiku . Dia sentiasa mentertawakan kami dengan lawak-lawak ' cerdik ' nya itu . Haha . Aku tertawa sendiri . Ajip semakin pelik dengan tindak balasku itu . Dia sekali lagi mengejutkan aku . Yang kedua kalinya itu memang benar-benar menyedarkan aku dari lamunan . Aku memandangnya lalu tersenyum ke arahnya . Ajip semakin pelik . Dia segera duduk dikerusi cafe itu tanpa menghiraukan senyumanku itu . " Haishh , janji pukul 2 . Sekarang dah pukul 2.30 ni . Diorang tak sampai-sampai lagi ? " tanya Ajip kepadaku untuk memulakan topik perbualan yang sudah dari tadi tidak dimulai . " Ha ? Hurm . Entah lah . Tadi Wawa ada call . Dia cakap on the way . Maybe sekejap lagi sampai lah tu . " jawabku .
" Korang-korang ! sorry lambat . Sorry sangat-sangat k ? Kami bukan sengaja datang lambat . Traffic jam tadi . Sorry k ? ujar Wawa memberi penjelasan . Amira dan Farah hanya  tersenyum sambil membuat isyarat tangan tanda meminta maaf . Aku dan Ajip hanya memandang mereka tanda memahami . Geram juga dibuatnya . Hampir satu jam aku dan Ajip tunggu mereka di cafe . " Haa , lagi dua mana ? Fakhrie dengan Safiyya . Mana ? " tanya Ajip kerana tidak kelihatan bayang mereka disitu . " Assalamualaikum . Kami lambat eh ? " terdengar suara yang menyapa . Kelihatan , wajah mereka muncul jua . Tanpa membuang masa , Safiyya dan Fakhrie segera duduk di kerusi . Takut-takut dimarahi oleh mereka . Sampai sahaja semua rakan mereka , Imtiyaz memulakan topik perbincangan . Mereka bukan sahaja kawan baik . Malah , mereka juga dalam satu team untuk assignment mereka . Mereka memulakan perbincangan .


..............................................................................................................................................