Aku hanya mampu tersenyum melihat pergaduhan manja antara Farah dan Amira . Hanya kerana sepasang kasut tumit tinggi berwarna biru air laut itu membuatkan mereka berebut untuk mendapatkannya . Aku masih tidak faham . Apa masalahnya ? Shopping Mall itu cukup besar . Pasti ada kasut tumit tinggi yang jauh lebih cantik daripada itu . Jadi , tidak perlu berebut . Hanya pergi cari yang lain sahaja . " Farah , bagi lah aku kasut tumit tinggi ni . Cantik lah . Lagipun , kasut ni sesuai dengan warna kulit aku . Please ! " rayu Amira kepada Farah . " Huh ! Mana boleh ! Aku jumpa dulu kasut ni . Aku suruh kau tengok kasut ni sebab aku nak tanya kau cantik ke tak kasut ni , bukan nak bagi kau beli " balas Farah seolah-olah menolak rayuan Amira itu tadi . Sudah 20 minit mereka bergaduh dikedai kasut itu . Penjual itu pun sudah pening kepala dibuatnya . Aku pergi ke arah mereka bagi meleraikan pertelingkahan itu . " Okay-okay ! Sudah-sudah lah tu . Amira , kau bagi saja okay kasut tumit tu pada Farah ? Lagipun , kasut tu memang Farah nak beli pun kan ? Jadi , apa kata kau beli ditempat lain pula . Tadi aku lihat dekat kedai sebelah ada jual kasut tumit yang jauh lebih cantik daripada ini . " pujukku pada Amira . Amira memandangkan tepat mataku . Dalam keadaan terpaksa Amira menyerahkan semula kasut tumit tinggi yang dipegangnya itu kepada Farah . Farah tersenyum puas . Tapi tidak sampai hati pula dia berbuat demikian . Dia turut memujuk Amira . " Tidak apalah Mira . Nanti aku bagilah kau pinjam kasut tumit aku ni . Dont worry k ? " pujuk Farah untuk membantu Imtiyaz memujuk Amira yang seolah-olah merajuk manja itu . Ajip hanya memandang dan menggelengkan kepala sahaja . Itu bukan untuk kali pertama mereka berebut di shopping mall tetapi sudah kebiasaan . Persamaan minat mereka memang mencetus pergaduhan sahaja . Mana tidaknya , jika Amira suka kasut tumit tinggi itu , Farah juga berminat . Jika , Farah suka beg tangan itu , Amira juga sukakannya .
Bagi Ajip , kedua-duanya hanya memeningkan kepala sahaja .
" Sudah lah . Jom lah pegi makan . Aku dah lapar ni . Layan kau dengan Amira buat perut aku berbunyi saja . Jom lah ! " kata Ajip sambil menjeling ke arah mereka berdua . " Aiyok tak taiyokk . Ajip dah marah . Aiyokk " usik Fakhrie pada Farah dan Amira sambil menggoyangkan jari telunjuknya . Ajip terus meninggalkan kami dibelakang . Aku segera mendapatkan Ajip dan memujuk hatinya . Aku tahu . Sudah berkali-kali dia sabar dengan perangai kawan-kawannya itu . Tapi , entah mengapa pula kali ini dia tidak boleh sabar seperti selalu . Mungkin kerana perutnya yang sudah lama berbunyi membuatkan dia tidak tahan menunggu . " Ajip , jangan lah macam ni . Okay-okay . Jom kita makan k ? Kita makan sama-sama . Kau nak makan dekat mana ? " tanya aku sambil cuba memujuk dirinya . " Hurm . Okay . Aku nak makan dekat The Chicken Rice Shop . Perut aku memang dah lapar ni . Kau belanja eh ? Hehehe " sambil mengusap perutnya . Aku mengangguk tanda setuju . " Okay lah geng . Kita pergi makan k ? Perut kawan kita yang seorang ni dah berbunyi . Lari pula mood ceria dia nanti . " ajakku sambil menunjukkan jari kearah restoran tersebut . Mereka setuju dengan cadangan tersebut kerana masing-masing turut lapar . Aku hanya memandang sambil mengukirkan senyuman padanya . Hatiku ketawa kecil . Memikirkan macam-macam kerenah kawan-kawanku hari ini .
..............................................................................................................................................
Selesai sahaja aku dan rakan-rakanku lunch . Kami beredar dan membayar makanan yang kami telah jamu tadi . Seperti yang dijanjikan , aku membayarkan untuk Ajip sekali . Kami terus beredar selepas membuat pembayaran . " Okay , so kita nak pergi mana ? " tanya Safiyya . " Perut pun dah kenyang . Jadi , apa kata kalau kita tengok wayang ? " ujar Wawa memberi cadangan . " Okay juga . " jawab Fakhrie tanda setuju . Aku hanya mengikut sahaja . Tidak begitu kisah . Seperti biasa aku tidak banyak berkata dalam memberi sebarang cadangan apabila keluar bersama . Aku lebih memilih untuk mengikut sahaja cadangan mereka .
Seharian aku keluar bersama mereka . Meluangkan masa bersama . Jam tepat pukul 8 malam . Sudah tiba masa untukku pulang . Menghabiskan masaku untuk keluarga pula . Risau juga aku takut-takut mama dan papa tidak begitu senang aku seharian keluar bersama kawan-kawan . Maklumlah , aku ini perempuan . Sememangnya tidak begitu manis jika aku keluar pagi , balik malam . Tetapi , bukan selalu aku keluar . Sebelum ini , aku tidak pernah keluar kemana-mana kerana tidak mempunyai kawan . Sejak aku belajar di Universiti . Dari situlah aku mengenali kawan-kawanku . Mereka yang sering menemani aku . Mereka telah mengajar aku erti sahabat .
Kelihatan mama dan papa sedang beristirehat diruang tamu hadapan . Tonton berita agaknya . Aku memberi salam lalu mencium tangan mama dan papa . Aku terus masuk ke kamar tidurku . Aku merelakan badanku baring diatas tilam yang empuk itu . Aku tersenyum sendiri . Sungguh penatku hari ini . Meluangkan masa bersama mereka . Sungguh menggembirakan hatiku . Aku harap mereka akan sentiasa ada di dalam hari-hari ku . Mewarnakan setiap lukisan hidupku . Itulah harapanku .
.............................................................................................................................................
No comments:
Post a Comment