Aku menelaah buku  itu untuk mendapat info-info lain bagi menyiapkan assignment aku yang perlu dihantar pada minggu hadapan lagi . Aku lebih gemar memilih untuk belajar atau menyiapkan assignment aku diperpustakaan berbanding dirumah kerana disini suasananya lebih aman . Semua yang berada disini mempunyai tujuan yang sama . Jadi tiada siapa yang mengganggu ketenteraman orang lain . Masing-masing hanya fokus dengan tugasan masing-masing . Berbeza bilaku dirumah , muzik lagu pop rock abangku yang terlalu kuat itu hanya membingitkan telinga . Bagi dia , volume muziknya itu sudah cukup perlahan . Sepatutnya boleh dikuatkan lagi . Tetapi berbeza pula pandangan kami . Bagi kami , muziknya itu sudah cukup memecahkan keheningan rumah besar itu . Memang mengusutkan kepalaku sahaja . 
Hari ini  aku tiada kuliah . Jadi , aku ingin menghabiskan masa disini sahaja . Sedangku tekun membaca , aku terdengar suara menyapa dari belakang . Aku menoleh . Ajip rupanya , aku ingatkan siapa tadi . Bisik hati kecilku . Tidak bercakap banyak Ajip segera duduk dikerusi kosong disebelahku . " Rajin study ? " tanya Ajip kepadaku tanda memulakan perbualan . " Rajin kau kata ? Inikan assignment yang Sir Roman bagi minggu lepas ? Terpaksa buatlah juga . Minggu depan perlu hantar " balasku pula sambil menggelengkan kepala . Ajip lupa agaknya tentang assignment itu . " Ya tak ya juga . Aku lupa pula . " jawab Ajip sambil melebarkan senyumannya . Aku hanya meneruskan sahaja tugasanku tanpa menghiraukan dia . Pelik juga aku dibuatnya . Setahu aku , Ajip tidak suka ke perpustakaan . Tetapi entah kenapa pula dia hari ini . Tiba-tiba sahaja . Terdengar lagi suara yang menyapa kami . Kini , lain pula suaranya . Garau sedikit . Aku melihat Fakhrie yang membawa laptop kesayangannya yang dipenuhi sticker Thor itu  duduk disebelah kananku . Aku semakin hairan . Sejak bila Fakhrie ingin menyiapkan tugasannya di perpustakaan ? Selalunya dia lebih memilih untuk menyiapkannya di cafe . " Sejak bila kau dengan Ajip pandai datang ke perpustakaan ini ? Mimpi apa ni ? " tanyaku pelik pada Fakhrie . " Aku ? Aku datang sini sebab nak temankan kau lah . Kesian kau duduk seorang di sini . Sambil itu , aku nak siapkan juga tugasan Sir Roman " jawab Fakhrie selamba  . Aku memandang Ajip pula . Menunggu jawapan daripadanya . " Eh ? Salah ke kalau aku ke perpustakaan . Apa yang peliknya . Mana ada . Lagi pun , tak salahkan kalau aku nak temankan kau juga disini . Fakhrie saja yang menyibuk " balas Ajip yang sedikit teragak-agak dengan jawapannya sambil menjelirkan lidah kepada Fakhrie . Aku hanya berdiam . Malas hendak melayan kerenah kedua kawanku itu .

Jam didinding sudah menunjukkan tepat pukul 2 . Sungguh cepat masa berlalu . Aku terlalu fokus agaknya dengan tugasanku sehinggakan lupa untuk makan tengahari . Aku membuat keputusan untuk makan bersama mereka . Aku segera mengemas barang-barangku dan memulangkan semula buku yang aku ambil ke tempat asalnya . Aku , Ajip dan Fakhrie beredar dari situ dan menuju ke cafe pula . Dari jauh sudah kelihatan Farah dengan buku katalognya itu melambai-lambai tangannya kepada kami . Wawa juga turut berada disitu . Kami pun makan tengahari bersama di cafe .
Sedang kami selera menjamu selera , Safiyya dan Amira turut sertai kami . Mereka baru sahaja pulang dari kedai buku kerana Safiyya ingin membeli bahan bacaan peribadinya . Erti kata lain , novel kegemarannya . Setiap bulan Safiyya akan pergi ke kedai buku untuk membeli novel kegemarannya . Dia amat minat membaca novel . Tetapi Amira tidak . Dia hanya menemankan Safiyya membelinya sahaja .

Sudah hampir satu jam kami di cafe , kami hanya berbual-bual kosong . Gelak tawa kami seiring dengan lawak-lawak Ajip . Ajip dari tadi asyik menyakat Amira . Itu yang membuat kami tidak kering gusi . Reaksi wajah Amira apabila disakat cukup menggelikan hati kami . Muncung mulutnya itu memang boleh dijadikan penyangkut baju . Panjang benar muncungnya . Aku tidak dapat menutup mulutku kerana asyik ketawa  sahaja . Inilah persahabatan kami . Gurau senda itulah yang merapatkan lagi perhubungan kami . Amira pula tidak kisah . Tidak kisah selalu disakat oleh Ajip . Fakhrie juga boleh tahan kebolehannya menyakat Amira . Itu yang membuatkan persahabatan kami terjalin hingga sekarang .
" Sudah-sudahlah tu menyakat Amira . Cuti semester dah dekat . Kita mahu bercuti ke mana ? " kata Safiyya bagi menghentikan gurauan itu tadi . Suara tawa kami terhenti sebaik sahaja soalan itu diajukan oleh Safiyya . Suasana riang itu terhenti buat seketika . Semua seperti terdiam . Bukan terdiam kenapa , tetapi semua seperti berfikir mengenai jawapan soalan itu tadi . " Betul juga apa yang Fiyya katakan tadi . Kita nak bercuti ke mana ? " kata Wawa menanyakan soalan yang sama . " Tahun lepas , kita dah pergi ke Pulau Pangkor . Apa kata tahun ini kita pergi ke tempat lain pula . Tempat yang lebih menyeronokkan . " ujar Farah pula . Aku terdiam . Masih tiada sebarang cadangan dimindaku . " Cameron Highlands ? Okay jugakan ? " tiba-tiba sahaja idea itu keluar dari minda dan terus ke mulutku untuk menyatakannya . Mereka yang tadi seperti berfikir terus memandang tepat ke arahku . Aku memandang mereka hairan . Apa aku tersilap cakapkah ? fikirku sendiri . " Cameron Highlands guys ! Okay apa tempat tu . Sejuk lagi kan ? Kalau aku , aku setuju . Idea kau memang terbaiklah Imtiyaz . " kata Fakhrie kepadaku sambil menunjukkan ibu jarinya kepadaku . Ajip yang dari tadi kelihatan serius terus berubah wajahnya . Dia juga setuju dengan cadanganku itu . Begitu juga Safiyya , Amira , Farah dan Wawa . Mereka turut setuju . Kami membuat keputusan untuk bercuti ke Cameron Highlands pada bulan hadapan . Kami masing-masing seperti tidak sabar . Tidak sabar untuk bercuti bersama-sama . Begitu juga aku . Alangkah bahagianya aku jika dapat mencoretkan kenangan terindah bersama mereka .

********************************************************************************************************************

No comments:

Post a Comment