Hari yang kami tunggu bakal tiba . Keesokkan harinya kami akan pergi ke Cameron Highlands untuk bercuti . Aku seolah-olah tidak sabar untuk itu . Kedengaran bunyi hon kereta Avanza milik Farah berbunyi . Kami hanya menaiki sebuah kereta sahaja . Kereta Farah memang cukup memuatkan ketujuh-tujuhnya . Walaupun kereta itu kepunyaan Farah tetapi Fakhrie yang memandu . Aku bergegas keluar dari rumah lalu masuk ke dalam kenderaan tersebut . Aku lihat kawan-kawanku sudah bersedia untuk pergi . Kami segera memulakan perjalanan kerana hari seperti mahu hujan . Cuaca pada hari itu tidak seperti selalu . Awan mendung sahaja . Aku seperti tidak sedap hati . Entah kenapa pula hari ini .

*******************************************************************************************************************


Setahun sudah pun berlalu , pemergian mereka dalam hidupku cukup memberi kesan bermakna pada diriku . Peristiwa itu telah membuatku sedar , apa itu kehilangan . Namun , aku tetap meneruskan kehidupan sendiri . Tanpa gelak tawa mereka disisi . Tiada apa yang boleh ku ubah . Aku tidak boleh mengundur masa untuk itu . Hakikatnya , aku tetap kehilangan mereka . Percutianku bersama mereka bertukar menjadi suatu tragedi . Hujan lebat menyebabkan tayar kenderaan kami licin . Fakhrie tidak dapat mengawal kenderaan yang dipandunya lalu terbabas jatuh dari bukit . Kaki kiri ku putus akibat tercampak dari kenderaan dan tertusuk dahan . Aku kehilangan kaki kiriku . Tetapi lebih memeritkan , aku kehilangan rakan-rakanku . Kenderaan yang dipandu oleh Fakhrie itu meletup . Meragut nyawa keenam-enam rakanku . Aku seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan . Aku menatap gambar terakhir aku bersama mereka . Kenangan yang ku harapkan sememangnya tercipta . Tetapi ini bukan yang ku pinta . Apa yang ku harapkan berlaku sebaliknya .
Kini , aku mula belajar menerima kenyataan . Aku menziarahi kubur arwah rakan-rakanku yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam , Kuala Lumpur . Air mataku tidak dapatku tahan daripada mengalir . Walau setahun sudah pemergian mereka tetapi aku masih rasa kesedihannya . Kenanganku bersama mereka memang tidak dapatku lupa . Gurauan Ajip , tidak lagi kedengaran . Muncung mulut Amira , tidak lagi kelihatan . Fakhrie si nakal , tidak lagi muncul kenakalannya . Farah dengan buku katalognya , tidak lagi tersenyum ceria . Safiyya , Wawa . Tidak lagi kelihatan wajah comel mereka . Aku hanya boleh mengimbau kenangan-kenanganku bersama mereka . Tetapi , bukan masa lalu ku bersama mereka . 7 Warna pelangi yang selama ini mewarnai hidupku . Aku telah kehilangan enam warnanya . Hanya tinggal satu warna sahaja yang masih berwarna . Iaitu aku . Tinggal aku sendiri . 

" Imtiyaz , Imtiyaz . Bangun kita dah sampai ini . Bangun Imtiyaz " terdengar satu suara diperkarangan telingaku . Aku cuba mencelikkan mataku perlahan-lahan . Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Farah berada dihadapanku . Aku toleh kekanan pula , aku melihat Amira , Fakhrie dan Safiyya berdiri di luar . Aku seolah-olah tidak percaya . Aku toleh kekiri , melihat Ajip dan Wawa yang mengeluarkan barang-barang di but belakang . Aku menggosok-gosok mataku untuk menjelaskan lagi penglihatanku . Aku menampar diriku sendiri . Farah semakin hairan melihat gelagatku . Dia memanggil semua rakan-rakan melihat telatahku . Aku menampar pipiku sebanyak 5 kali sambil memejamkan mata . Tiba-tiba tangan lain pula sambung untuk yang keenam pula . Aku membuka mataku kerana terkejut . Aku lihat Ajip dengan selambanya menampar aku . " Hoi ! Kau dah kenapa ? Peliklah kau ini . Sudah-sudah . Cukup-cukuplah itu tampar diri sendiri . Kita dah sampai ini . " kejut Ajip padaku . Aku yang seperti terkejut akhirnya menyedari bahawa itu semua mimpi . Aku sangat bersyukur lalu memeluk Farah yang berada dihadapanku . Farah seperti hairan dengan tindakkanku itu . Tetapi Farah tetap membalas pelukkan ku terhadapnya .

Walau itu hanya sekadar mainan tidur . Namun ia turut memberi kesan terhadapku . Aku seperti menggigil bila teringat kembali mimpi ngeriku . Gelak ketawa rakan-rakanku menyedarkanku kembali ke dunia realiti . Tidak lagi dibayangi mimpi . Percutian kami selama 3 hari 2 malam itu berjalan dengan lancar . Sesungguhnya ajal kami masih belum sampai lagi . Kami pulang ke Kuala Lumpur dengan selamat . Membawa kenangan yang dicoret bersama . Dalam perjalanan ke rumah , aku tersenyum riang . Aku memandang setiap wajah rakan-rakanku . Sungguh menyenangkan hatiku . Begitu lega hatiku . Fuhh .. kata hati kecil Imtiyaz 

********************************************************************************************************************

Aku mempersiapkan diri untuk ke majlis perkahwinan Ajip dan Amira . Tidakku sangka gurauan Ajip terhadap Amira dapat mencuri hati dia . Sudah 3 tahun mereka bercinta dalam diam . Tanpa memberitahu kami . Tiba-tiba , kad perkahwinan mereka sahaja yang menjemput . Kami seperti terkejut . Ajip Raja Lawak bagi kami itu dapat memikat hati Amira yang lembut itu . Sungguh lucu . Imtiyaz ketawa kecil . Tetapi , itu yang dinamakan jodoh . 
Bunyi kompang sudah mulai kedengaran . Kedua mempelai diiringi oleh pengapit ke atas pelamin . Ouh ! Secocok benar mereka . Bagai pinang di belah dua . Aku sungguh gembira melihat mereka yang duduk di atas pelamin itu mengukir senyuman ceria . Aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama mereka . Untuk mengukir kenangan lagi . Tetapi ianya kenangan yang dicoretkan pada gambar pula . Aku sungguh gembira . Kerana kisah persahabatan kami Happy Ending . Walaubagaimanapun , kami tetap teruskan bersahabat . Masing-masing telah mempunyai kerjaya sendiri dan mempunyai kehidupan sendiri . Sungguhpun , kami tidak serapat dulu kerana sibuk kerja . Tetapi , tidak akan pudar warna pelangi itu dalam hidupku . Tujuh warna pelangi itu lengkap berwarna , terlukis dicoretan kenangan .

******************************************************TAMAT******************************************************

No comments:

Post a Comment